![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9q16iNya6zw4K86G-qn8gYB4mqtdoLBwacOaAIofdpVzqrPdtW4eoqm6IKm3DHBnxe3xdXJOOhFvqynWYHupIdb1FM0qfZd0_xFWWEkh6G6cOfbhYHl87JqX4kfpP6fghfsiuSq9cNkc/s320/Siti+Mariam+Bt.+Kipali.bmp)
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.
01 MEI 2010, SELASA
ReplyDeleteHari pertama prektikum di Pejabat Tanah Jajahan Tumpat, saya ditempatkan di Jabatan Khidmat Pengurusan buat sementara waktu kerana pegawai yang terlibat terpaksa mengadakan mesyuarat untuk program Ketua Jajahan (DO) masuk kampung pada 02 mei 2010.
02 MEI 2010, RABU
PAGI PUKUL 8.00-1.00 PETANG
Hari kedua pula saya akan ke Program DO Masuk Kampung bersama-sama dengan pegawai yang terlibat dan pelajar prektikum yang lain.
Selain daripada Pejabat Tanah Jajahan Tumpat, pelbagai jabatan lain yang terlibat iaitu secara keseluruhannnya sebanyak 29 buah jabatan. Antaranya Jabatan Haiwan, Bomba, Rela, KEMAS, KASTAM, Jabatan Kesihatan dan sebagainya.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh setiap jabatan antaranya ialah menjual produk, membuat persembahan persembahan anjing pengesan mencari dadah yang tersembunyi, pembayaran hasil, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.
ketua Jajahan iaitu TUAN HAJI SERPUDIN BIN MUHAMED sampai ke programnya ke pada pukul 10.00 pagi. Beliau memberi ucapan bahawa program ini untuk memberi bantuan dan kemudahan kepada rakyat. Selain itu pelbagai persembahan dan pertandingan diadakan dalam program ini untuk memeriahkan suasana. Antaranya ialah Dikir Barat oleh Kumpulan Seruling Kasih, penyampaian derma kepada penduduk yang miskin dan OKU, pertandingan mewarna yang di sertai oleh kanak-kanak PASTI, kuiz dan cabutan bertuah. Sayajuga mendapat nombor bertuah iaitu berupa hamper makanan ringan.
PETANG PUKUL 2.00-4.45 PETANG
selepas waktu rehat saya dipanggil oleh penolong ketua jajahan untuk mendaftar. beliau memberi gambaran awal tentang bidang dan jabatan-jabatan yang terdapat di pejabat tanah ini. Setelah meneliti borang prektikum saya, maka saya diletakkan di jabatan pembangunan.
soalan saya kepada Prof. bagaimana cara-cara untuk menulis buku log? adakah mengikut masa atau secara berperingkat sahaja?
ReplyDeleteTerpulang kepada kreativiti anda....asalkan tercatat semua perkara penting.
ReplyDelete03 Jun 2010
ReplyDeleteHari ini saya di hantar ke jabatan pembangunan. Bidang tugas jabatan ini ialah kepada dua iaitu pembangunan fizikal dan pembangunan masyarakat. Namun begitu pembangunan fizikal tidak banyak dijalankan oleh beberapa sebab. pembangunan masyarakat pula ialah melibatkan pembinaan perumahan, pembaikan dan sebagainya.
Jabatan ini akan mengenalpasti penduduk yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan memerlukan bantuan perumahan. seterusnya senarai ini akan diserahkan kepada MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan) untuk urusan peruntukan kewangan dan pembinaan.
HARI CUTI UMUM: JUMAAT DAN SABTU
HARI CUTI AM: AHAD (06/06/10)
07 Jun 2010
Awal pagi semua kakitangan dan pelajar praktikal diwajibkan ke bilik mesyuarat untuk mendengar Tazkirah pagi, dan setelah itu di jamu dengan kuih-muih.
Tugas pertama yang diberikan ialah fotostat dokumen yang berkaitan dengan maklumat jalan2 ladang/pertanian Jajahan Tumpat bagi pengendalian MARRIS(Malaysian Road Record Information System) tahun 2006-2009 dan 2009. dokumen yang ke dua ialah berkaitan dengan mesyuarat penggawa bersama ketua Jajahan Tumpat yang akan diadakan pada 09 Jun 2010. Mesyuarat tersebut akan membincangkan tentang pendaftaran lembu dan kerbau, profail orang miskin, program ziarah Ramadhan dan hal-hal lain.
08 Jun 2010
Hari ini satu menyuarat tentang MARRIS diadakan bagi membincangkan pelbagai isu yang berkaitan. seterusnya saya fotostat dokumen yang mengandungi senarai mana yang akan menerima sumbangan berbentuk hadiah, hamper, beras, dan sebagainya dalam program Ziarah Ramadhan. senarai nama tersebut akan diperolehi daripada penggawa di setiap mukim Jajahan Tumpat.
09 JUN 2010,
ReplyDeleteHari ini saya membantu untuk menyiapkan persiapan menyuarat berkenaan dengan menyuarat penggawa bersama ketua Jajahan Tumpat. Mereka ini akan membincangkan berkenaan dengan pendaftaran lembu dan kerbau, profil orang miskin, program ziarah Ramadhan dan lain-lain.
10 JUN 2010
ReplyDeleteKemaskini Tabung Tenaga Berdikari Jajahan tumpat tahun 2009 dan 2010. Bidang kerja ini biasanya diuruskan oleh pegawai tadbir bahagian kewangan.Tabung ini mencatat berkaitan dengan pembayaran pinjaman oleh peniaga. Pinjaman ini dari Raja perempuan kepada wanita-wanita yang menbuka perniagaan secara kecil-kecilan. Pinjaman yang didirikan ialah bernilai RM500.
13 JUN 2010
ReplyDeleteMesyuarat pertama pada pagi ini ialah mesyuarat Agong Majlis Pusat. Saya membantu kakitangan yang lain untuk menjayakan mesyuarat tersebut.
Antara kerja-kerja yang perlu dilakukan sebelum berlangsungnya sesuatu mesyuarat iaitu persekitaran yang bersih, dokumen atau minit mesyuarat yang di fotostat secukupnya untuk ahli dan sajian selepas selesai mesyuarat.
Majlis pusat secara umumnya terdapat di seluruh negeri kelantan iaitu setiap jajahan diwujudkan sebuah majlis pusat. Di Jajahan Tumpat, majlis pusat terletak di kampung Jal Besar.
Penubuhan majlis pusat bertujuan untuk menberi pertolongan dengan cara membuka sebuah rumah sejahtera untuk orang-orang tua yang terbiar. Majlis pusat mengurus, memberi elaun, mengurus semua jenis khidmat sosial dan sebagainya.
Pengerusi bagi majlis pusat ini ialah ketua jajahan iaitu Tuan Haji Serpudin bin Mohamad. Beliau yang bertanggungjawab melantik pengurus bagi majlis pusat dan semua kakitangan.
15 JUN 2010
ReplyDeleteMemasukkan data berkenaan jalan kampung dengan kelebaran premis melebihi 8 kaki ke dalam WEB MARRIS.
Bertujuan untuk kemaskini jalan-jalan yang berdaftar untuk melebarkan lagi.
Untuk memberi kemudahan kepada masyarakat dan memberi pembangunan di kawasan kampung.
16 JUN 2010
Membuat tinjauan ke rumah-rumah bantuan MAIK yang siap dibina.
Memastikan segala kemudahan mengikut peruntukan yang disediakan oleh pemaju yang bertanggungjawab.
Antara kampung yang dilawati ialah kampung Bendang kerian.
Tinjauan yang terakhir ialah ke kawasan Projek DiRaja (PDRK).
PTDK ini merupakan projek untuk melatih penduduk iaitu dari segi ternakan dan pertanian.
Antara ternakan yang terdapat di sana ialah ayan, itik, burung puyuh, rusa, ikan keli dan sebagainya.
Manakala pertanian pula, antaranya ialah pokok naga, nenas,limau, pisang dan sebagainya.
17 JUN 2010
ReplyDeleteMenyemak kertas kerja yang berkaitan dengan Pegawai Pembangunan Masyarakat Satu Penilaian.
20 JUN 2010
ReplyDeleteKemaskini senarai nama pelajar yang layak ke IPTA/IPTS tetapi tidak mampu untuk melanjutkan pengajian
21 JUN 2010
Menbuat minit menyuarat kali ke 3/2010. Mesyuarat ini berlangsung pada 09/06/2010 dan membincangkan tentang Bancian lembu/kerbau, Miskin Tegar dan Ziarah Ramadhan.
22 JUN 2010
Kemaskini data2 yang berkaitan dengan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPTA yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran dan kepada anak-anak yatim.
Kemaskini data-data yang berkaitan dengan bantuan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya.
23 JUN 2010
Membuat ringkasan tentang strategi Pembangunan Desa Semenanjung Malaysia. Ringkasan ini akan digunakan oleh EN. MOHD YASIN BIN MOHD NOR iaitu Ketua Penolong Ketua Pengarah.
24 JUN 2010
ReplyDeleteSambungan kepada ringkasan tentang Strategi Pembangunan Desa Semenanjung Malaysia. Ringkasan ini difokuskan kepada perkembangan pembangunan di Malaysia iaitu di Semenanjung Sejak Zaman Penjajah Sehingga Merdeka.
27 JUN 2010
Perjalanan Proses membaiki Jalan
1. penggawa atau penghulu melaporkan kerosakan-kerosakan yang berlaku ke Pejabat Tanah iaitu unit pembangunan.
2. Unit Pembangunan akan mengeluarkan surat laporan untuk penggawa sebagai melaporkan kerosakan.
3. Unit Pembangunan akan membuat siasatan, tinjauan dan mengambil gambar untuk dihantar ke Pejabat Pembangunan Negeri.
4. Pejabat Pembangunan Negeri pula akan mengeluarkan waran peruntukan dan arahan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan.
5. Selesai kerja-kerja pembaikan, unit pembangunan akan meninjau sekali lagi untuk menyiasat, melaporkan dan seterusnya mengangkat bil perbelanjaan untuk disahkan oleh kerani kewangan.
6. Seterusnya bil atau baucer akan dihantar ke Pebendaharaan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
7. SUK akan mengeluarkan cek perbelanjaan kepada unit pembangunan untuk diberikan kepada kontaktor.
29 JUN 2010
ReplyDeleteTerlibat dalam Taklimat Sempena Majlis Perpisahan dan jamuan.
Dalam taklimat tersebut berlangsung pemberian sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Jajahan.
30 JUN 2010
Menyediaka draf untuk Program Penglibatan Ibu Bapa dan Pendidikan Pencegahan Dadah Pemadam Daerah Tumpat
1 JULAI 2010
Menyiapkan draf Program Penglibatan Ibu Bapa dan Pendidikan Pencegahan Dadah Pemadam Daerah Tumpat
KONFLIK
ReplyDelete1. Terdapat pekerja yang suka ponteng kerja dan suka ambil cuti sakit yang disahkan di klinik swasta. Pekerja terbabit mempunyai masalah dengan penggawa berkaitan duit. Tetapi masalah utama masih belum diketahui.
2. Masalah kedua ialah sengaja masuk ke pejabat lambat. Datang awal untuk touch kedatangan dan keluar untuk sarapan dan masuk semula lebih kurang pukul 8.30 pagi.
04 JULAI 2010, AHAD
ReplyDeleteBuku log saya di komen oleh penyelia berkenaan tidak meletak masa setiap aktiviti yang dijalankan.
Masuk kali ini sudah tiga kali saya menukar cara tulisan dalam buku log saya, saya harap prof. tidak ada masalah tentang ini.
8.00 PAGI
Tanda kedatangan dan terus ke unit pembangunan.
9.00 PAGI
Membuat salinan dokumen berkenaan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Jajahan Tumpat Bil 2/2010 pada 06 julai 2010, selasa.
05 JULAI 2010, ISNIN
8.00 PAGI
Tanda kedatangan dan terus ke unit pembangunan.
10.00 PAGI
Kemaskini data berkenaan jalan kampung dengan kelebaran premis melebihi 8kaki ke dalam web MARRIS.
06 JULAI 2010
8.00 PAGI
Terus tanda kedatangan dan masuk ke unit pembangunan.
9.00 PAGI
Membuat salinan dokumen baucer bayaran berkenaan bantuan membaiki rumah orang-orang miskin.
3.00 PETANG
Melawat ke rumah bantuan MAIK di Pasir Pekan yang dimiliki oleh seorang mualaf.
Rumah tersebut masih dalam pembinaan lagi dan tujuan kami melawat adalah untuk memeriksa proses pembinaan supaya berjalan lancer.
Harga bagi sebuah rumah bantuan MAIK ini ialah RM28ribu.
07 JULAI 2010
8.00 PAGI
Tanda kedatangan dan terus ke unit pembangunan
Ketua Jajahan menginginkan semua kakitangan berada di meja masing-maisng tepat jam 8.00pagi.
Bertujuan melatih kakitangan awam berdisiplin dan mementingkan masa bekerja.
Pagi ini ketua jajahan membuat tinjauan di unit pembangunan untuk melihat sendiri prestasi kerja setiap kakitangan.
08 JULAI 2010
10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
Kemaskini data dalam web MARRIS. Data berkaitan dengan senarai Jalan Kampung yang rosak dan perlu dibaiki.
soalan 1
ReplyDeleteprof, saya nak tahu secara detail bab3 blh x prof, saya kurang faham. pe yang harus saya fokus lam aspek pentadbiran 2, pentadbiran dalam jabatan saya iaitu jabatan pembangunan ataupun keseluruhan
soalan 2
ReplyDeletesaya cuba drafkan pe yang saya faham dan boleh x prof kmen? saya takut kefahaman saya lari daripada landasan tajuk untuk bab3
11-15 JULAI 2010, AHAD-KHAMIS
ReplyDeleteDalam minggu ini banyak membuat salinan pelbagai dokumen antaranya senarai nama penduduk miskin mengikut DUN, MAIK, borang permohonan wang zakat dan sebagainya.
18 JULAI 2010, AHAD
Membuat beberapa salinan dokumen yang berkaitan dengan Senarai Nama Penduduk Miskin Mengikut DUN dan membuat salinan dokumen berkaitan MAIK.
19 JULAI 2010, ISNIN
Memasukkan data untuk kemaskini dan penyelarasan tentang Senarai Belia Miskin 2010.
Selain itu juga terdapat juga senarai yang bermasalah antaranya masalah mental, tiada keluarga, bil kuda, dadah dan social.
20 JULAI 2010, SELASA
Membuat salinan kad jemputan berkenaan Majlis Sambutan Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj peringkat Jajahan.
Majlis ini akan berlangsung pada 27 Julai 2010 iaitu Hari Selasa.
21 JULAI 2010, RABU
Membuat salinan yang lain tentang kad jemputan Majlis Sambutan Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj peringkat Jajahan.
Ini kerana terdapat beberapa kesilapan yang tidak disangajakan.
22 JULAI 2010, KHAMIS
Membuat salinan kad jemputan untuk tambahan ahli jemputan
25 JULAI 2010, AHAD
Saya tidak diberi pepe kerja kerana semua kakitangan sibuk menguruskan majlis Israk Mikraj.
26 JULAI 2010, ISNIN
Kerja-kerja menyusun barang untuk Majlis Israk Mikraj.
Antara barang-barang tesebut ialah beras, milo, gula, sardine dan banyak lagi.
27 JULAI 2010, SELASA
DARI PUKUL 9.00-12.00 TENGAH HARI
Pergi ke kediaman rasmi ketua jajahan untuk kerja-kerja menampal kad di bungkusan sumbangan bagi Majlis Israk Mikraj.
Terdapat sedikit masalah berkenaan kad tersebut dan terpaksa menukar kepada kad yang baru.
2.00-3.00 PETANG
Mengemas dokumen-dokumen, fail-fail dan buku vot mengikut tahun bagi tahun 2000 hingga 2007.
28 JULAI 2010, RABU
Saya tidak sihat dan telah mengambil cuti di klinik kerajaan,
29 JULAI 2010, KHAMIS
Kemaskini Biadata Penerima Ziarah Pra-Ramadhan Daerah Kebakat dan Wakaf Bharu.
01 OGOS 2010, AHAD
Masukkan data senarai Penerima Ziarah Pra-Ramadhan.
Kemaskini semua data supaya tiada kesilapan berlaku.
02 OGOS 2010, ISNIN
Tampalkan kad pada bungkusan yang akan diberikan kepada orang-orang miskin dalam Majlis Israk Mikraj
Membuat kerja-kerja terakhie supaya semua berjalan dengan lancer di majlis tersebut.