Thursday, May 27, 2010

BAGAIMANA MENULIS LAPORAN PRAKTIKUM

BAGAIMANA MENULIS LAPORAN PRAKTIKUM ?


Apakah bentuk laporan praktikum ?

Anda perlu menjalankan penyelidikan bersifat Kajian Kes. Metodologi yang digunakan ialah participation observation. Kajian kes bermaksud kajian yang mendalam mengenai sesuatu lokasi, isu, tema atau persoalan kajian yang khusus. Participation observation bermaksud pengkaji berada bersama dengan subjek kajian dan merekodkan semua data tertentu dalam sesuatu tempoh.

Apakah yang hendak dikaji ?

ANDA boleh memilih sebarang TOPIK setelah mendapat persetujuan saya. Contohnya TOPIK kajian anda ialah KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN. Anda perlu melihat bagaimanakah pihak pengurusan organisasi melaksanakan urusan pentadbiran dan pengurusan secara kreatif dan inovatif untuk menambahkan kecekapan pengurusan untuk memberikan kepuasan yang tinggi kepada pengguna atau pelanggan dan seterusnya meningkatkan keuntungan organisasi.

Bagaimana hendak memulakan kajian ini ?

Anda perlu melaksanakan kajian ini berasaskan masa iaitu dalam masa 3 bulan, anda telah melakukan perkara-perkara berikut;

Bulan Pertama :

1. Menulis latarbelakang syarikat.
2. Menulis tentang latarbelakang jabatan anda ditempatkan.

Bulan Kedua :

Menulis mengenai operasi pengurusan dan pentadbiran jabatan anda.
Contohnya anda ditempatkan di Bahagian Urusan Tanah di sebuah Pejabat Daerah, maka catatkanlah proses permohonan tanah, proses pertukaran hakmilik tanah dsbnya. Jika anda ditempatkan di Marketing Department, maka tulislah apakah strategi marketing, sasaran pelanggan dan cara-cara untuk urusan periklanan dsbnya.

Bulan Ketiga :

Membuat analisa anda mengenai masalah, cadangan, komen sejauhmanakah berkesannya operasi pengurusan dan pentadbiran. Juga anda menjalankan temuduga dengan pegawai dan pelanggan tentang masalah dan ketidakpuasan hati mengenai syarikat. Berikanlah cadangan anda untuk menambahbaikkan proses dan urusan pentadbiran syarikat.Apa yang anda perlu lakukan setiap bulan ?

Setiap hujung bulan anda perlu emailkan saya tulisan anda. Bulan pertama iaitu 30hb Jun anda telahpun menulis mengenai latarbelakang syarikat dan menghantar kepada saya untuk disemak. Bahagian ini anda boleh memecahkan menjadi 2 bab iaitu latarbelakang syarikat dan latarbelakang department tempat anda ditempatkan. Terpulang kepada kreativiti anda untuk mencipta setiap bab dengan topik yang menarik.


Bulan kedua pula ialah 30hb Julai
Bulan ketiga pula ialah 30hb Ogos

PASTIKAN ANDA HANTAR LAPORAN AWAL ITU KEPADA SAYA SETIAP BULAN PADA TARIKH 30hb Jun, 30hb Julai dan 30hb Ogos

JANGAN TUNGGU untuk menulis laporan praktikum pada BULAN KE EMPAT.

PASTIKAN setiap bulan anda telahpun siap menulis setiap bahagian yang dinyatakan tadi.

Sebarkan maklumat ini kepada rakan yang lain.

Terimakasih.

3 comments:

  1. prof,adakah tajuk saya sesuai iaitu keberkesanan pendekatan 5S(sisih,susun,sapu,seragam,sentiasa amal)dalam pengurusan perkhidmatan? saya memilih tajuk ini kerana bahagian saya iaitu bahagian khidmat pengurusan baru mengamalkan pendekatan ini?

    ReplyDelete
  2. Tak sesuai.....tak perlu fikir tajuk lagi....selepas sebulan dan dah tulis laporan bulan pertama, baru fikir tajuk.

    Jangan tulis diruangan ini. Sila gunakan diruangan anda.

    ReplyDelete
  3. Sudah 8 tahun....di mana anda semua para pelajar ku?

    ReplyDelete