Thursday, May 27, 2010

Muhammad Syafiq Musleh Bin Hassan


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

13 comments:

  1. assalamualaikum prof...masuk hari ini sudah tiga hari saya melapor diri dalam bahagian khidmat pengurusan...pada hari pertama saya diperkenalkan kepada kakitangan bahagian ini serta diarah untuk membuat thumb print bagi kegunaan kehadiran.Pada hari pertama juga saya mula diberi tugas yang pertama iaitu di unit aduan awam . Di unit ini saya di bantu oleh Pn Masliza(pembantu tadbir).Apa yang diajar di uum,kurang dipraktikkan disini kerana pelbagai perkara baru yang ditekankan. Pada hari kedua, saya dikehendaki mengemaskini fail bagi kemasukan pekerja baru(untuk makluman prof pada 1 jun 2010 adalah pendaftaran bagi kerja baru). Pada hari ini, saya baru selesai menghadiri mesyuarat berkenaan bajet bagi majlis pembandaran Bentong.Bajet ini hanya di lakukan 2 tahun sekali.Bahagian saya iaitu bahagian khidmat pengurusan hanya diberi peruntukkan rm5000.Prof ini merupakan pengalaman saya selama tiga hari di majlis pembandaran Bentong, pahang.Banyak perkara baru yang saya tidak faham dan harus belajar. Perkara-perkara tersebut sudah tentu tidak ada di dalam dewan kuliah. Prof, praktikum adalah mempraktik apa yang kita belajar tetapi di sini semuanya merupakan perkara baru bagi saya?walaubagaimana saya cuba melakukan semua perkara baru terbabit dengan terbaik walaupun agak sukar..insyaallah....

    ReplyDelete
  2. prof,adakah perlu menulis buku log secara berperingkat mengikut masa?atau menulis secara kesimpulan bagi keseluruhan hari?

    ReplyDelete
  3. Terpulang kepada kreativiti anda.....

    ReplyDelete
  4. salam prof...bagi laporan pertama yang akan dihantar pada 30 jun ni,hnya menulis latarbelakang organisasi dan latar belakang tempat saya ditempat?maksudnya termasuklah objektif,pernyataan masalah?...prof ada beritahu bahagian ini boleh di bahagikan pada dua bab?saya tidak faham...bab 2 bukan ke adalah ulasan karya?terima kasih prof..

    ReplyDelete
  5. Siapa kata BAB 2 adalah ulasan karya ???. Ruginya tidak membaca apa yang saya tulis tentang Bagaimana Menulis Laporan Praktikum. Ada 2 artikel dan sila BACA dengan TELITI.

    ReplyDelete
  6. 4 JUN 2010
    Pada hari ini di sebelah pagi, saya di kehendaki menolong En Ahmad Zaki b Ishak (juruteknik mekanikal) dalam urusan yang berkaitan dengan kenderaan hak milik Majlis Perbandaran Bentong.Hak ini termasuklah berkaitan Penyewaan kenderaan milik Majlis Perbandaran bentong oleh masyarakat setempat seperti kegunaan lori majlis.kesemua ini haruslah mengikut prosedur yang telah ditetapkan iaitu membuat surat permohonan ,selepas itu pihak majlis akan mempertimbangkan samada untuk diluluskan atau tidak ,setelah diluluskan akn di cop pula oleh jurutera mekanikal terbabit.semua ini memakan masa yang agak lama. disini saya lihat wujud masalh birokrasi dengan pelbagai kelewatan.pada sebelah petang saya mempelajari bagaimana jika ingin membuat tempahan dewan dan bilik mesyuarat yang mana harus mengikut prosedur juga. saya dibimbing oleh en hamzah b sam @othman(pekerja awam R1)

    ReplyDelete
  7. 7 JUN 2010.
    Pada hari ini saya mempelajari banyak benda baru yang berkaitan dengan bidang komputer.walaupun bidang ini tidak ada kena-mengena dengan kos saya di uum, tetapi ini merupakan pengalaman serta pengetahuan yang cukup baru. pada hari ini saya dibimbing oleh Pn Jalela bt Hj Mat fauzan(penolong pegawai teknologi maklumat f29).saya belajar bagaimana meneliti semua cctv supaya beroperasi seperti biasa serta melihat sistem wireless. meneliti semua cctv ini sememangnaya mengambil masa yang agak lama kerana terdapat beberapa cctv yang tidak berfungsi. saya juga belajar membaiki keadaan cctv berikut

    ReplyDelete
  8. BAB 1
    LATAR BELAKANG ORGANISASI.


    1.0 Pengenalan.

    Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Bentong pada 5 Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Pahang Bil. 147. Penubuhan Majlis Daerah Bentong pada 1 Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171).

    Keluasan kawasan Majlis Daerah Bentong ketika penubuhannya adalah 42 batu persegi. Kawasan operasi penuh (cukai) meliputi 30.99 batu persegi dan 10.0045 batu persegi adalah kawasan kawalan pembangunan. Kawasan operasi meliputi kawasan Bandar Bentong, Genting Highlands, Karak, Telemong, Manchis, Sg. Dua dan Bukit Tinggi. Manakala kawasan kawalan pula terdiri daripada kawasan Sg. Gapoi, Simpang Pelangai, Kg Shafie, Jambu Rias, Janda Baik dan Sg. Penjuring

    Mulai 1 Januari 2001, setelah 20 tahun penubuhannya, kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bentong telah meningkat kepada 1105 km persegi (426.542 batu persegi). Kawasan operasi baru adalah 335.02 batu persegi (867.69 km persegi). Anggaran penduduk dalam pentadbirannya melebihi 104, 000 orang dan pendapatan sebanyak RM 13.25 juta bagi tahun 2003.

    Pada 19 November 2003, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju menyokong cadangan menaik taraf Majlis Daerah Bentong kepada Majlis Perbandaran Bentong. Pada 16 Julai 2005, Majlis Daerah Bentong dengan rasminya diisytiharkan menjadi Majlis perbandaran Bentong.

    ReplyDelete
  9. 1.1 Objektif Penubuhan Majlis Perbandaran Bentong.

    Majlis Perbandaran Bentong telah menetapkan beberapa objektif selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Objektif Majlis perbandaran bentong yang pertama ialah menjamin perancangan dan pembangunan fizikal, sosial dan mental warga setempat bagi menjamin kesejahteraan penduduk
    dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.

    Selain itu, Majlis Perbandaran Bentong turut memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa. Contohnya seperti pengambilan sampah yang mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada waktu pagi dan petang mengikut tempat.

    Di samping itu, menentukan perancangan pembangunan selaras dengan Pelan Rancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandar Bentong. Majlis perbandaran Bentong juga menyediakan kemudahan infrastruktur asas meliputi seluruh kawasan Majlis, mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi dan mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Bentong. Antaranya Kawasan riadah yang telah diwujudkan seperti kawasan rekreasi Sg. Marong.

    ReplyDelete
  10. 1.2 Visi dan Misi Majlis Perbandaran Bentong.

    Majlis Perbandaran Bentong mempunyai visi serta misi yang ingin di capai. Visi Majlis Perbandaran Bentong adalah menjadikan Majlis Perbandaran bentong sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang maju, makmur dan sejahtera menjelang 2015. Dalam mencapai visi ini pelbagai program jangka panjang yang telah dilakukan antaranya Program Rancangan Tindakan Daerah yang merupakan rancangan jangka panjang dalam 5 tahun

    Misi Majlis Perbandaran Bentong pula ialah untuk meningkatkan kualiti hidup pebduduk dalam kawasan majlis melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti.

    1.3 Fungsi Majlis Perbandaran Bentong.

    Mengikut Seksyen 5, Akta 171, Majlis Perbandaran Bentong merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berfungsi mengatur, mengawal dan merancang pembangunan serta kegunaan tanah dan bangunan dalam kawasan tadbirnya. Antara fungsi-fungsi Majlis Perbandaran Bentong adalah seperti merancang, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur.

    Selain itu juga, enyelaraskan kemajuan projek-projek pembangunan serta membuat kutipan hasil. Majlis Perbandaran Bentong juga bertindak sebagai perancang bagi menjamin pembangunan yang terancang, keindahan kawasan tadbir, kebersihan dan kesihatan yang terkawal.

    Di samping itu, Majlis Perbandaran Bentong juga menyelia perkhidmatan kebersihan dan pelupusan sisa pepejal. Majlis Perbandaran Bentong juga mengawasi kebersihan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan kesihatan awam.

    ReplyDelete
  11. 1.4 Carta Organisai Majlis Perbandaran Bentong.
    Tuan Yang Dipertua


    Setiausaha


    Ketua Bahagian

    ReplyDelete
  12. BAB 2
    BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN.

    1.0 Pengenalan.

    Bahagian khidmat Pengurusan merupakan salah satu dari tujuh bahagian yang terdapat di Majlis Perbandaran Bentong. Tujuh bahagian tersebut ialah Bahagian Perbendaharaan, Bahagian penilaian dan pengurusan harta, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Kawalan Bangunan, Bahagian Perancangan Pembangunan dan Bahagian Khidmat Masyarakat dan Perbandaran.

    1.1 Bahagian Khidmat Pengurusan

    Bahagian Khidmnat Pengurusan mempunyai 3 unit di bawahnya iaitu unit pentadbiran, unit penguatkuasaan dan unit Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Multimedia. Setiap unit mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan.
    Unit pentadbiran mempunyai tugas yang berlainan serta dibahagi lagi kepada tiga iaitu am pentadbiran, pembangunan sumber manusia dan perkhidmatan dan penyelenggaraan.

    Am pentadbiran berfungsi sebagai satu unit yang melakukan urusan perperiksaan kakitangan,urusan pencen, urusan kursus,urusan mesyuarat dan juga bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Unit ini meliputi juga prestasoi kerja para pekerja. Bahagian tugas ini diserahkan kepada empat orang. Pembangunan sumber manusia pula meliputi urusan aduan awam,urusan perlantikan,sasaran kerja tahunan,pengesahan jawatan,megemaskini buku rekod,urusan cuti.urusan gaji,urusan fail peribadi dan buku rekod perkhidmatan. Tugas ini dilakukan oleh tiga orang pembantu tadbir. Perkhidmatan dan penyelenggaraanpula meliputi tugas menyelaras urusan penggunaan kenderaan majlis,mengurus dan menyelaras pakaian seragam,urusan sewaan dan urusan tender kebersihan dan keselamatan pejabat.

    ReplyDelete
  13. 1.2 Pendekatan yang digunakan dalam Bahagian khidmat pengurusan.

    Penekatan yang digunakan dalam bahagian ini ialah pendekatan 5S. 5S bermaksud sisih, susun, sapu, seragam daan sentiasa amal. Pendekatan ini digunakan kerana mampu memudah surusan di bahagian ini.

    Objektif pendekatan 5S ini ialah memastikan suasana persekitaran kerja kemas, selesa dan teratur. Selain itu, membudayakan amalan persekitaran berkualiti 5S di semua bahagian dan unit pada setiap masa. Di samping itu, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan motivasi kepada warga Majlis Perbandaran Bentong dengan mewujudkan sikap “sense of belonging”.

    5S ini merupakan satu pendekatan yang mempunyai pelbagai faedah antaranya ialah penjimatan masa ketika mencari sesuatu fail. Selain itu, mengurangkan penetapan masa,mengurangkan pencarian masa dan menambah kualiti perkhidmatan.

    ReplyDelete