Thursday, May 27, 2010

Mohd Husaini B Mohamad

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

79 comments:

  1. assalamualaikum prof....ari ni sy telah melaporkan diri di pejabat jabatan pengairan dan saliran di kota bharu di bhgian perhubungan awam..tetapi saya telah diarahkan untuk ditukarkan ke jabatan pengairan dan saliran di daerah pasir mas..saya akur dengan arahan tersebut..esok saya akan melaporkan diri sekali lagi di jabatan tersebut esk hari di pasir mas..jadi hari ini saya tidak membuat apa apa perkara lagi...esok insyaallah saya akan menjalankan tugas saya sebagai seorang pelajar praktikal yang akti...sekian,assalamualaikum

    ReplyDelete
  2. 02/06/2010

    assalamualaikum prof.....sekali lagi saya melaporkan diri di jabatan pengairan dan saliran (jps) di pasir mas kerana saya telah dipindahkan ke sana...saya bertemu dengan penyelia yang akan mengawasi saya iaitu en. wan hassan wan nawang..dia begitu baik kepada saya dan sekali lagi saya telah diberitahu tentang peranan yang dijalankan oleh jps iaitu menguruskan sumber air, lembangan sungai, risiko banjir dan zon pantai, serta sedikit projek pembangunan yang diberikan kepada pihak jps ini..hari pertama saya di situ mulanya sangat bosan kerana saya kebingungan dan tak tahu nak buat apa, saya minta maaf prof..selepas itu saya diberi tugas pertama iaitu menyusun fail-fail tender, sebut harga dan lain-lain lagi..memang begitu kan prof bagi seseorang yang mula-mula masuk praktikal..saya anggap ini adalah sebagai untuk memperkenalkan organisasi ini kepada saya..staf-staf di sini juga amat baik-baik belaka dan sangat ramah..ini saja yang saya dapat laporkan untuk aktiviti saya pada hari ini..sekian terima kasih...assalamualaikum...

    ReplyDelete
  3. 03/06/2010

    pada hari ini saya telah dibawa melawat sebuah tapak projek iaitu projek untuk menyalirkan air ke sawah padi di sebuah kampung di daerah pasir mas..lawatan tapak itu bertujuan untuk mengubahsuai sistem yang telah sedia ada bagi tujuan memudahkan jentera pertanian keluar masuk kerana sebelum ini tiada jalan keluar masuk bagi proses penuaian padi. apa yang dapat dilihat disini ialah cara pengubahsuaiannya iaitu denagan meletakkan culvert dibawah tanah atau bawah jalan laluan biasa serta kondiutnya juga diubahsuai..kondiut adalah saluran air yang menyerupai longkang..apa yang dapat dilihat disitu juga ialah cara atau kaedah yang digunakan adlah sistematik..untuk melakukan kerja ini, pihak jps telah mengambil seorang kontrktor bagi menjalankan kerja-kerja tersebut..kontrktor dan juga seorang juruteknik disitu hadir sama..bersama saya juga seorang student praktikal dari politeknik..sekian terima kasih..assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. 07/06/2010

    pada hari ini saya diarahkan untuk membuat salinan-salinan dokumen dengan cara photostat..walaupun kerja itu dianggap remeh dan mudah, tapi bagi saya ia merupakan perkara baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pandai untuk menggunakan mesin ini sendiri. slepas selesai kerja itu, sekali lagi saya diarahkan untuk menyusun fail-fail yang mengandungi tender-tender dan juga sebut harga. di kesempatan itu saya sempat untuk membelek setiap fail itu bagi melihat sendiri apa itu tender dan juga sebut harga, selama ini saya hanya mendengarnya sahaja..sepas itu saya diarahkan untuk mengira bahan-bahan yang telah dibeli untuk tujuan beberapa projek yang akan dan sedang dijalankan...sekian...assalamualaikum

    ReplyDelete
  5. 08/06/2010

    hari ini saya telah menjalankan tugas iaitu memasukkan data projek kedalam microsoft office word excel...iaitu berkenaan dengan projek membina dan menyiapkan kuarters-kuarters, bangunan pejabat, stor dan kerja-kerja menaiktaraf kandang serta kerja-kerja yang berkaitan stesen kuarantin haiwan iaitu jabatan perkhidmatan haiwan malaysia di rantau panjang, kelantan. bagi saya, itu adalah perkara baru kerana sebelum ini saya tidak pernah memasukkan data kedalam excel..mulanya saya terlalu pening dan tidak tahu apa-apa kerana saya terpaksa menghadap angka yang begitu banyak di dalam kolum yang sebanyak 800 lebih..saya amat kebingungan sekali kerana ini adalah pertama kali.. bagi saya benda ini amat susah untuk disempurnakan kerana saya kurang cekap dengan penggunaan excel..tetapi walaupun susah, saya terus belajar daripada seorang lagi student praktikal disini yang sudah pandai dan cekap dalam penggunaan excel..hari itu, sepanjang hari saya hanya menghadap komputer untuk menyiapkannya...tetapi saya tidak sempat untuk siapkan..saya akn menyambung kerja itu pada keesokan hari..sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  6. 09/06/2010

    hari ini saya telah dibawa ke jajahan meranti bagi melawat sebuah tapak projek iaitu membaik pulih pam air dan juga tangki air..saluran air ataupu tiub air yang dibuat dengan besi itu sudah patah tiang yang menampungnya dari bawah..jadi setiap kali air di pam naik, tiub air itu seperti mahu tercabut kerana tekanan air yang sangat tinggi dan juga enjin pamnya yang sangat kuat menyedut air...datu lagi ialah tangki untuk menyimpan air juga telah rosak dan perlu dibaiki segera..tempat simpanan air itu telah dibuat tetapi belum siap sepenuhnya lagi kerana masa lawatan tiada seorang pn pekerja disitu..ini kerana pada masa itu seorang pekerja telah mengambil cuti jadi kerja tertangguh sekejap..seorang penduduk telah mengadu kerana tidak puas hati berikutan kerja itu yang belum siap disebabkan penduduk di kawasan itu sangat memerlukan air bagi mengalirkannya ke sawah padi..selepas dari blik dari tapak kerja, saya menyambung kerja iaitu memasukkan data ke dalam excel..saya melakukannya sehingga tamat waktu kerja dan akan menyambungnya keesokan harinya..sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  7. 10/06/2010

    pagi-pagi lagi hari ini saya telah menyambung untuk membuat kerja semalam yang tidak dapat disiapkan, iaitu memasukkan segala jenis data projek ke dalam excel yang saya sendiri tidak tahu menggunakannya tetapi dengan tunjuk ajar daripada seorang rakan yang juga pelajar praktikum, bolehlah saya buat. jika musykil saya akan memanggilnya datang kerana ini merupakan tugas yang diberikan kepadanya dan saya sendiri yang meminta untuk menolong dan juga belajar bagaimana caranya untuk menggunakan excel ini kerana saya tahu suatu hari nanti jika saya sendiri bekerja seperti ini sudah tentu perlu juga menggunakan software ini. selepas itu saya dibawa ke rantau panjang untuk melawat projek diraja iaitu menambah tebing di sungai golok bagi mengelak air daripada melimpah keluar ke pekan rantau panjang....setakat itu aktiviti saya pada hari itu...sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  8. 13/06/2010

    pukul 8.00 pagi semua staf termasuk student praktikum diwajibkan hadir di bilik mesyuarat untuk mendengar kuliah pagi yang telah disampaikan oleh seorang staf yang berpengetahuan dalam bab-bab ilmu agama islam. semua staf termasuk saya diambil kedatangan. tajuk kuliah amat menarik iaitu berkenaan dengan pencarian harta, tanggungjawab manusia di muka bumi, hidup berjiran, dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga. kuliah pagi itu berlangsung selama 45 minit. selepas itu sekali lagi saya menolong seorang student praktikum yang diberikan tugas untuk key in data lagi ke dalam excel

    ReplyDelete
  9. 14/06/2010

    saya telah dibawa oleh jurutera jajahan iaitu en. wan hassan wan nawang ketapak projek iaitu tapak untuk membersih dan membuat drainage ataupun saliran air yang menggabungkan tiga buah kampung iaitu kg. kubang panjang, kg. ndo, dan juga kg. gaung di pasir mas. selepas itu, saya dibawa ke meranti juga untuk meninjau sekitar sungai meranti bagi menjalankan pembersihan sungai itu yang dipenuhi oleh rumput-rumput yang panjang bagi memudahkan aliran air kerana saluran itu merupakan sumber air terpenting untuk pertanian di kampung itu.....sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  10. 15/06/2010

    saya dibawa ke tiga tempat tapak projek. pertama ialah di alor pusu bagi mengubahsuai jambatan yang telah siap dibina..kami pergi untuk mendapatkan ukurannya bagi memudahkan untuk kerja mengubahsuai dan juga bagi memudahkan jangkaan untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan. selepas itu kami ke lubuk jong di mana sebuah lagi projek akan dilaksanakn disitu iaitu membersihkan kawasan drainage iaitu saluran air untuk kegunaan pertanian yang juga ditumbuhi oleh rumput-rumput yang panjang. drainage itu juga akan diubahsuai sedikit. lawatan yang seterusnya ialah di kg. baru, kubag kuau bagi projek membaiki tebing saliran yang runtuh. hari itu saya banyak melawat tapak-tapak projek yang akan dilaksanakan ataupun tujuan untuk dibaikpulih....setakat itu sahaja, assalamualaikum

    ReplyDelete
  11. 16/06/2010

    hari itu saya diarah oleh penolong jurutera iaitu en. nohakhim noh untuk mengira ukuran permukaan jambatan. sebenarnya saya memang tiada asas dalam kira mengira sebegini kerana semasa kuliah dulu pun tiada belajar untuk kira mengira..saya diarahkan untuk membuat kira-kira itu bersama dengan seorang lagi staf disitu, dan dia menerangkan semua cara-cara untuk mengeluarkan jawapannya..mulanya saya pening memikirkannya dan lambat untuk menangkap segala keterangan yang telah disampaikan oleh staf tersebut..tetapi mujurlah seorang student yang memang pelajar sivil tahu dan dia yang menolong saya menyelesaikan tugas itu..walaupun susah dan kurang berminat untuk tugas kira-kira ini, tapi saya jadikannya sebagi perkara baru dalam perjalanan saya sebagai seorang student praktikum di organisasi ini....sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  12. 17/06/2010

    pagi-pagi lagi saya telah menghantar buku log saya kepada penyelia saya iaiti en. nohakhim noh untuk dinilai dan juga untuk di tandatangani. hari ini tugasan saya hanyalah mencari sedikit info tentang risiko banjir yang juga merupakan salah satu perkara yang diambil berat oleh jabatan ini.. saya rasa saya akan membuat tajuk report saya mengenai risiko banjir kerana kebanyakan projek yang akan dan telah dilaksanakan adalah hanya berkaitan dengan banjir. hari ini juga saya hanya banyak melayari internet berkenaan dengan banjir dan juga peranan jabatan ini sahaja kerana kebanyakan staf dan juga penyelia saya tiada kerana mesyuarat di luar organisasi.

    ReplyDelete
  13. 20/06/2010

    hari ini saya telah di panggil oleh penyelia saya iaitu en. nohakhim noh untuk diberikan satu tugasan iaitu mencari supplier bagi spun pile iaitu cerucuk untuk membina jambatan. saya diberikan jenis cerucuk iatu iaitu jenis spun, ukurannya, panjangnya dan lain-lain lagi. saya diberi tempoh seminggu untuk mencari pembekal tersebut. amat susah kerana setiap pencarian saya itu mesti tak dapat dan juga silap pilih kerana saya mencari nama syarikat di dalam internet. ada juga syarikat yang telah ditutup dan ada juga yang memaparkan nombor telefon lama jadi saya tidak dapat menghubunginya. hari itu saya sehari suntuk mengadap komputer untuk mencari syarikat yang membekalkan cerucuk tersebut. namun usaha saya itu gagal. saya hanya berehat sekejap dan menyambungnya kembali mencari. hari itu saya gagal dan akan sambung mencari pada hari esok...sekian assalamualaikum

    ReplyDelete
  14. LATAR BELAKANG JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

    PENGENALAN ORGANISASI

    Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Parit dan Taliair telah ditubuhkan pada tahun 1932 dan diberi tanggungjawab unutk menyediakan infrastruktur tanaman padi. Peranan JPS kemudiannya telah berkembang ke beberapa bidang yang lain termasuklah pengurusan sumber air, pengurusan sungai dan pantai, tebatan banjir, hidrologi dan saliran bandar. Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saliran diwujudkan disetiap negeri bagi mengendalikan semua aktiviti utamanya supaya lebih sistematik dan lebih teratur untuk kegunaan masa kini dan masa hadapan.

    SEJARAH ORGANISASI

    Latar Belakang Jabatan Pengairan Dan Saliran

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ditubuhkan pada 1 Januari 1932 dengan nama asalnya yang dikenali sebagai Jabatan Parit dan Taliair/D.I.D. penubuhan ini adalah hasil daripada penerimaan kerajaan kepada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ‘The Rice Cultivation Committe’ dalam tempoh 1930 supaya ditubuhkan sebuah agensi khusus bagi mengatasi masalah-masalah pembangunan tanah dan penggunaan sumber-sumber air semulajadi untuk tujuan meningkatkan pengeluaran beras tempatan.

    Ia juga mencadangkan supaya agensi baru ini menyerapkan cawangan hidraulik daripada Jabatan Kerja Raya serta mengambilalih tugas-tugas yang berkaitan dengan kerja-kerja pengairan dan saliran yang mana sebelum tahun 1932, kerja-kerja tersebut adalah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya.


    Nama Jabatan Parit dan Taliair telah ditukarkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran dengan rasminya pada 2 hb. Disember 1989 setelah dipersetujui bersama oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Nama baru ini memberi gambaran ynag tepat mengenai tugas dan fungsi sebenar jabatan.

    Wawasan

    Organisasi Bertaraf Dunia Menjelang 2020

    Misi

    Untuk mengurus sumber air, lembangan sungai, risiko banjir dan zon pantai bagi mencapai kelestarian alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup.

    Objektif JPS Pasir Mas

    Objektif Jabatan Pengairan dan Saliran Jajahan Pasir Mas ialah untuk menentukan segala implementasi operasi dan penyelenggaraan skim-skim pengairan dan saliran serta kerja projek-projek pembangunan jabatan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, teratur dan mengikut program.

    Objektif JPS Kelantan

    Objektif Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan ialah untuk menyedia dan membekalkan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti melalui perancangan yang rapi, perlaksanaan dan pengurusan infrastruktur-infrastruktur pengairan dan saliran, tebatan banjir, kejuruteraan sungai dan pantai, dan kemudahan lain yang berkaitan untuk memaksimumkan pendapatan di sector pertanian khasnya dan penduduk luar Bandar amnya.



    Peranan Bahagian di JPS

    Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan merupakan antara cawangan JPS Malaysia. Jabatan dan Saliran Negeri Kelantan ditubuhkan sejak tahun 1970. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan yang diketui oleh seorang pengarah (J54) dan dibantu oleh Timbalan (J48) adalah terdiri daripada 9 bahagian utama berikut :

    1. Tebatan Banjir

    2. Saliran Bandar

    3. Sungai dan Pantai

    4. Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal

    5. Teknikal

    6. Hidrologi Dan Sumber AiR

    7. Unit Pembangunan Korporat/Teknologi Maklumat

    8. Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya

    9. Bahagian Struktur,Geoteknik, dan Empangan

    ReplyDelete
  15. 21/06/2010

    hari ini saya telah dipanggil oleh penyelia saya iaitu en, nohakhim noh untuk diberikan tugas. saya telah diarahkan untuk membuat cut off iaitu bermaksud pemilihan tender iaitu memilih salah satu tender yang dibuat olek para syarikat kontraktor bagi merebut sebuah projek daripada syarikat saya iaitu jps. setelah ditunjuk ajar oleh penyelia, saya melakukan tugas tersebut dengan seorang lagi student praktikum. dalam bilik penyelia saya itu hanya saya, rakan dan juga penyelia sahaja yang ada kerana proses ini adalah sulit dan tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun kecuali saya yang membuatnya. staf lain tidak dibenarkan masuk ketika itu kerana orang yang mendapat tender itu adalah rahsia dan tidak boleh diketahui oleh sesiapa.. bagi saya, say rasa amat bertuah kerana penyelia memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada saya untuk membuat kerja ini iaitu proses memilih tender. ini adalah pengalaman baru dan berguna bagi saya kerana saya selama ini tidak tahu bagaimana tender itu dipilih..tender itu adalah tender kontraktor yang berkelas 'e'. sangat senang proses itu kerana semua pemilihan dibuat dengan komputer iaitu dengan perisian ataupun softwarenya yang tersendiri. jadi saya tidak perlu peningkan kepala kerana ia amat mudah....sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  16. 22/06/2010

    hari ini saya menyambung kembali tugas yang diberikan oleh penyelia iaitu mencari pembekal cerucuk untuk satu projek yang sedang dijalankan iaitu sebuah jambatan. jambatan itu telah siap sebenarnya tetapi ia perlu dibaiki kembali kerana tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. pada mulanya saya ingatkan kerja yang diberikan oleh penyelia itu senag dan mudah, tapi anggapan saya salah kerana tugas mencari pembekal sedikit susah kerana banyak soalan yang diajukan kepada saya ketika bercakap dengan operator. adakalanya tersilap syarikat, dan adakalanya tersalah nombor. walaupun begitu, kami guna cara lain iaitu email ataupun menggunakan faks sahaja. namun ada lagi tersilap email, faks juga tidak di balas. pengajaran disini ialah jangan memandang remeh terhadap sesuatu perkara atau kerja yang diberikan yang dianggap mudah, semua kerja adalah susah dan perlu menganggap kerja itu susah dan sentiasa berusaha untuk mendapatkannya atau menyelesaikannya...sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  17. 23/06/2010

    pada hari ini saya telah membuat bill of quantity berkaitan dengan projek dari jabatan ini iaitu berkaitan projek menstabil tebing sungai golok di kampung bagus pekan rantau panjang, kelantan. sekali lagi saya perlu untuk menghadap komputer dan berhadapan dengan excel. sebagaimana yang prof tahu bahawa saya tidak begitu mahir dalam penggunaan excel. tetapi seperti biasa saya akan di bantu oleh rakan saya untuk menyiapkan kerja ini. sekian, assalamualaikum...

    ReplyDelete
  18. 24/06/2010

    pada hari ini sekali lagi saya menyambung tugasan yang saya dapat semalam iaitu memasukkan data menstabil tebing sungai golok ke dalam excel. hari ini saya berazam akan menyiapkannya sendiri tanpa bantuan dari rakan saya. akhirnya tugas ini berjaya saya siapkan walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya. sepanjang hari itu tidak banyak aktiviti yang berlaku dan sejak kebelakangan ini begitu kerap mesyuarat diadakan disini menyebabkan saya sudah kurang keluar ke tapak projek...sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  19. 27/06/2010

    hari ini sebenarnya tidak banyak kerja yang dapat saya buat kerana penyelia saya masih bercuti. jadi saya menghabiskan masa dengan melihat projek-projek lepas yang kalau ada boleh dimasukkan kedalam laporan saya. saya telah menjumpai satu projek yang saya rasa sesuai untuk saya mengkajinya untyk di masukkan kedalam laporan iaitu projek melebar sungai sebuah tempat di sekitar pasir mas kelantan. projek ini banyak bersangkutan dengan risiko banjir dan juga penduduk di kawasan ini..sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  20. 28/06/2010

    hari ini saya sekali lagi telah di bawa ke rumah pam di kampung bakat, rantau panjang. disitu saya telah diberi penerangan tentang proses penyedutan air dari sungai berdekatan ke kawasan sawah padi. paip laluan air itu dikatakan telah disambung sejauh 10 km ke kawasan lain pula iaitu dikawasan rantau panjang. paip itu jenis yang disalurkan ke bawah tanah. ini kerana kawasan kampung bakat dan juga kawasan lain di sekitar rantau panjang adalah kawasan rendah yang sering dinaiki air ataupun kawasan banjir. tujuan paip itu disalurkan ke bawah tanah adalah bertujuan untuk mengelak daripada kerosakan akibat banjir. contohnya ialah sampah sarap yang hanyut, batang-batang kayu, perahu dan juga bot-bot penyelamat yang melalui kawasan itu tidak akn terhalang. ini kerana kebiasaannya kawasan yang tidak dinaiki air jenis salirannya adalh kondiut iaitu saliran yang dibuat dengan konkrit. sistem ini juga dikatakan menjimatkan kos penyelengaraan, kos buruh dan kos pengangkutan. sistem pam disitu juga menggunakan pam elektri kerana ia jimat dan kos pengangkutan tiada kerana kebiasaannya menggunakan diesel yang perlu di hantar setiap hari. selain itu saya juga diberi penerangan bahawa sumber air ada tiga jenis iaitu pertamanya ialah sumber dari sungai, kedua air dari bumi dan yang ketiga ialah air dari takungan. ketiga-tiga sumber air inilah yang digunakan hari-hari oleh manusia untuk mandi, masak, pertanian dan sebagainya. sekian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  21. 29/06/2010

    hari ini saya sekali lagi telah diajak ke tapak projek untuk satu lawatan. tetapi saya tidak dapat perhi kerana sebelum itu saya telah diarahkan oleh penyelia saya disitu untuk menyelesaikan satu tugasan iaitu tentang output satu projek tebatan banjir bagi dibentangkan kepada pengarah jps yang bakal melawat ke sini tidak lama lagi. projek tersebut dilaksanakan bagi menghalang daripada banjir ataupun air limpahan daripada keluar kerana berdekatannya terdapat tanaman, rumah, dan juga ternakan yang dikhuatiri akan binasa jika projek itu tidak dilasanakan. apabila projek itu siap, rumah, tanaman dan juga ternakan dikawasan itu akan selamat dan juga kurang risiko untuk binasa. risiko banjir juga akan kurang. begitu lah lebih kurang output dari projek ini..sekian assalamualaikum

    ReplyDelete
  22. 30/06/2010

    hari ini saya menyambung kembali kerja saya dalam membuat output dari projek tebatan banjir semalam. hari ini saya cuma membuat kerja ini saja termasuk mencari gambar-gambar kawasan projek tersebut...sekian assalamualaikum

    ReplyDelete
  23. 1/07/2010

    pagi-pagi lagi saya telah di panggil ole penyelia saya iaitu en. nohakhim bagi menanya khabar tentang tugas yang telah diberikan kepada saya iaitu membuat output dari projek tebatan banjir..kerja yang diberikan itu belum siap sepenuhya lagi kerana ada benda yang harus ditambah..penyelia menerima alasan saya dan sekali lagi saya membuat kerja itu hari ini...sekian

    ReplyDelete
  24. 4/07/2010

    hari ini saya menyambung sedikit kerja yang belum siap sepenuhnya pada minggu lepas iaitu tugasan yang telah diserahkan oleh penyelia saya disini iaitu en. nohakhim. mujurlah dia terlewat datang pada hari ini kerana saya dapat juga menyelesaikan tugasan yang diberikan itu. tidak elok kita membuat kerja tertangguh seperti ini kerana ia akan menyusahkan kita. eloklah apabila kita diberikan sesuatu tugas itu, kita harus menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum membuat kerja lain. inilah alam pekerjaan. sekian

    ReplyDelete
  25. pada hari ini, saya membantu salah seorang staf disini dalam urusan menyediakan pelan seperti menandakan keluasan, no. lot, garisan, mukim, daerah, dan sebagainya bagi memenuhi kepuasan pemborong- pemborong. tujuannya kerana sebuah projek akan dijalankan di kawasan ini dan para pemborong ingin untuk mengetahui mengenai kawasan tersebut dengan terperinci. Pelan yang saya susun ini mempunyai semua maklumat penting bagi tujuan menukar syarat tanah, pecah sempadan/bahagian/cantuman, serah milik dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete
  26. 06/07/2010

    hari ini saya telah diminta oleh seorang staf untu potostat borang tender. setiap helai adalah 50 keping yang mempunyai 25 mukasurat, lebih kurang seribu lebih saya kena potostat. lebih kurang sejam lebih baru siap kerana mesin itu rosak kerana sudah terlalu lama digunakan menjadikannya tersekat-sekat. itupun belum siap sepenuhnya lagi kerana terdapt beratus- ratus keping salinan rosak kerana mesin itu tidak berfungsi dengan baik. saya terpaksa membuatnya semula. mujurlah pakcik yang juga staf disini menolong saya membuat kerja ini kerana pada masa itu sudah hampir waktu rehat dan perut saya juga sudah lapar lebih-lebih lagi kawan saya sudah menunggu di luar untuk keluar makan bersama-sama. sesudah rehat saya menyamung kembali tugas saya itu kerana pakcik yang menolong saya tadi pun mempunyai urusan juga dan tidak sempat menolong saya. sekian

    ReplyDelete
  27. 07/07/2010

    menaip surat rasmi kepada pejabat tanah bagi memecahsempadan daripada seorang staf di sini. formatnya sudah ada tetapi di memberi saya sedikit keterangan mengenai atau berkaitan denga surat itu, apa kandungannya dan lain-lain lagi.seterusnya saya ditugaskan untuk menyalin sebutharga sekali lagi iaitu membuat 30 salinan. sekian

    ReplyDelete
  28. 08/07/2010

    hari ini pagi-pagi lagi saya telah dipanggil oleh en. abdullah shaimi untuk berada di dalam dewan bagi menulis atau mencatat nama-nama pemborong di senarai yang telah disediakan.. terdapat lebih daripada 100 orang pemborong yang masuk bagi merebut sebuah tender yang dibulka oleh JPS bagi sebuah projek menstabil tebing sungai. selepas siap menulis, saya dibawa melawat tapak projek kawasan berkenaan. bagi pemborong, lawatan tapak adalah wajib kehadirannya. sekian

    ReplyDelete
  29. 11/07/2010

    mencari format untuk bayaran WJP (wang dan jaminan perkhidmatan)bagi projek yang telah siap. antara data-data yang terkandung dalam WJP ialah seperti borang JKR 66. bq dan volume. maklumat ini penting dalam meninjau data terutama bagi sesuatu projek di bawah kelolaan JPS Pasir MAs. tidak sukar menjalankan tugasan ini dengan dibantu oleh beberapa pekerja telah membantu saya dalam mencari maklumat yang diperlukan tersebut. sekian

    ReplyDelete
  30. 12/07/2010

    membantu seorang staf untuk mewarna peta projek di projek skim pengairan Bakat I Jajahan Pasir Mas, Mukim RAntau Panjang. aktiviti mewarna menjadi aktiviti yang saya lakukan pada hari ini walaupun nampak ringkas namun memerlukan masa yang agak lama terutama bagi pelan projek ini.

    ReplyDelete
  31. 13/07/2010

    membuat surat rasmi sebagai peakuan siap kerja bagi projek menggali, mendalam, dan melebar Alor Pusu Besar (fasa 1) serta kerja-kerja berkaitan di bawah perancangan tebatan banjir Pasir Mas, Kelantan. perakuan siap kerja perlu dilakukan sebagai membuktikan bahawa projek itu telah selesai/siap.

    ReplyDelete
  32. 14/07/2010

    mencatat buku harian untuk tapak bina untuk kerja-kerja kontrak bagi projek kerja menggali, mendalam, dan melebar Alor Pusu Besar (fasa 1) serta kerja-kerja berkaitan dibawah rancangan tebatan banjir, Pasir Mas, Kelantan. bagi projek-projek pembangunan yang dijalankan, merekod aktiviti harian ditapak projek adalah penting agar projek tersebut berjalan lancar seperti yang dirangka.

    ReplyDelete
  33. 15/07/2010

    menulis nama-nama kontraktor/ maklumat peribadi kontraktor bagi projek kerja membina dan menyiapkan rumah pam elektrik serta kerja-kerja berkaitan di kawasan rumah pam elektrik Repek Pasir Mas. suasana penuh dengan kontraktor yang ingin mendapatkan tender projek tersebut.

    ReplyDelete
  34. 18/07/2010

    pada hari ini saya mengemaskini laporan praktikal untuk disemak oleh penyelia. tambahan pula tidak banyak kerja atau aktiviti yang dapat saya lakukan pada hari ini. kerja-kerja mencari maklumat buntuk laporan perlu dilakukan secara tepat dan relevan agar sesuai dengan objektif kajian nanti.

    ReplyDelete
  35. 19/07/2010

    membuat jadual dalam excel bagi tajuk senarai pam-pam yang beroperasi di zon I kawasan Pasir Mas. dengan adanya senarai pam-pam yang beroperasi secara tidak langsung memudahkan urusan kerja yang akan dilakukan keatas sistem saliran kawasan di Pasir Mas tersebut.

    ReplyDelete
  36. 20/07/2010

    pada hari ini saya telah membuat sebutharga bagi projek kerja-kerja membekal, memasang dan menyiapkan paip air HDPE bersaiz 110mm diameter serta kerja-kerja lain, berkaitan di kg. Slow Teliar, Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan. sebutharga merupakan antara salah satu perkara yang perlu dilakukan sebelum sesuatu projek dapat diluluskan atau dilaksanakan. melalui sebutharga yang dibuat perbelanjaan sesuatu projek dapat dinilai/dikaji samada dari segi kos melepas atau luar jangka terhadap projek tersebut.

    ReplyDelete
  37. 21/07/2010

    pada hari ini saya telah membuat jadual keluasan hektar bagi kawasan penanaman padi bagi jajahan Pasir Mas mengikut mukim-mukim tertentu dalam jajahan Pasir Mas. maklumat mengenai perluasan hektar tanah adalah penting bagi memudahkan kerja-kerja pengairan dilakukan di kawasan terbabit.

    ReplyDelete
  38. 22/07/2010

    menulis nama senarai kontraktor bagi projek kerja-kerja membekal, memasang dan menyiapkan paip air HDPE bersaiz 110mm diameter serta kerja-kerja lain berkaitan di kg. Slow Kulim. Teliar, Bunut Susu, Pasir Mas. selain itu saya juga telah dibawa oleh juruteknik untuk melihat tapak lokasi projek tersebut. lokasi projek perlu dikenalpasti terlebih dahulu agar dapat melicinkan proses kerja-kerja yang akan dilakukan kelak. tinjauan ini penting sebagai salah satu elemen sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

    ReplyDelete
  39. 25, 26, 27, 28, 28 haribulan 7 saya telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi dan sepanjang hari itu saya mendapat cuti sakit...

    ReplyDelete
  40. 1/08/2010

    hari ini saya telah kembali kerja. saya diberi tugasan untuk potostat sebutharga untuk dijual kepada para pelanggan. saya juga menulis senarai tender. amat sedikit kerja yang saya lakukan pada hari ini kerana kepala masih terasa pening lagi akibat kesan dari demam denggi.

    ReplyDelete
  41. 2/08/2010

    membuat bq (bill of quantities) bagi projek membina dan menyiapkan sistem rintangan kabel merintangi Sungai Golok, Rantau Panjang Kelantan. bq merupakan antara perkara yang perlu dilakukan dalam proses penyiapan sesuatu projek.

    ReplyDelete
  42. 03/08/2010

    membuat resume dan surat pengesahan seorang staf JPS berkaitan dengan jawatannya. perkara ini adalah perlu bagi seseorang staf kerajaan apabila melibatkan jawatan seseorang. adalah menjadi kebiasaan seseorang staf mengemaskini data peribadi termasuk pengesahan jawatan.

    ReplyDelete
  43. 04/08/2010

    pada hari ini ialah membuat surat rasmi iaitu pohon khidmat nasihat perancangan bagi cadangan pecah sempadan dan ubah syarat tanah bagi projek membina dan menyiapkan sistem rintangan kabel merentasi Sungai Golok, Rantau Panjang, Kelantan. menulis surat rasmi bagi mendapatkan nasihat/maklumbalas daripada pihak atasan adalah perlu bagi perlaksanaan sesuatu projek.

    ReplyDelete
  44. 05/08/2010

    pada hari ini saya mencari bahan atau maklumat bagi projek laporan yang akan dihantar kepada penyelia. memandangkan tempoh masa hampir dua bulan saya berada disini maka penyiapan perlu dilakukan segera untuk dihantar kepada penyelia nanti.

    ReplyDelete
  45. 08/08/2010

    pada hari ini saya lebih membahagikan masa untuk menyiapkan bq bagi projek membina dan menyiapkan sistem rintangan kabel merentasi Sungai Golok, Rantau Panjang, Kelantan yang tertunggak pada minggu lepas. penyiapan bq perlu dilakukan dengan segera untuk penilaian oleh Jurutera Jajahan sendiri.

    ReplyDelete
  46. 09/08/2010

    aktiviti yang saya lakukan hari ini ialah mencari bahan untuk membuat laporan praktikum saya. dalam mencari bahan adalah penting untuk kita meneliti setiap bahan agar ianya logik dan bertepatan dengan tajuk nanti. sesuatu bentuk laporan yang bakal dinilai oleh penyelia, memerlukan sebuah laporan yang lengkap dan berkualiti. oleh itu sumber atau maklumat memainkan peranan penting dalam laporan tersebut.

    ReplyDelete
  47. 10/08/2010

    pada hari ini saya telah melakukan aktiviti iaitu berkaitan dengan sebutharga projek kerja-kerja penyelenggaraan struktur pengairan dan saliran skim pengairan Senor, Pasir Mas Kelantan. sebutharga merupakan antara perkara yang perlu dilakukan bagi perlaksanaan sesuatu projek pembangunan.

    ReplyDelete
  48. 11/08/2010

    aktiviti yang saya lakukan pada hari ini ialah mencatat senarai nama kontraktor bagi tender projek yang bertajuk kerja-kerja membaikpulih tebing datran banjir bagi mengurangkan banjir serta lain-lain kerja yang berkaitan di kg. Tendong Pasir Mas Kelantan. tebing dataran banjir merupakan agen tebatan banjir disamping dapat mengurangkan risiko berlakunya banjir pada musim tengkujuh atau hujan lebat.

    ReplyDelete
  49. 12/08/2010

    dibawa oleh seorang juruteknik JPS untuk melawat tapak dimana projek akan dijalankan disini. projek yang bakal dilaksanakan ialah berkaitan kerja-kerja membaikpulih tebing dataran banjir serta lain-lain kerja yang berkaitan di kg. Tendong Pasir Mas Kelantan.

    ReplyDelete
  50. 15/08/2010

    ssaya melakukan kerja menampal cover bagi sebuah projek. sebarang projek yang bakal dilaksanakan seharusnya perlu disimpan/dimasukkan ke dalam fail untuk memudahkan kerja nanti

    ReplyDelete
  51. 16/08/2010

    mengemaskini data bagi projek membina dan menyiapkan sistem rintangan kabel merintangi sungai Golok Rantau Panjang Kelantan. selain itu, bagi projek ini saya telah membuat beberapa perkara seperti Laporan JKR, interim dan sebagainya. kemaskini data perlu dilakukan bagi sesuatu projek yang dilaksanakan.

    ReplyDelete
  52. 17/08/2010

    melakukan gotong royong membersihkan kawasan sekitar JPS. sempena perasmian 5s yang merupakan agenda dalam menaiktarafkan JPS, maka program ini adalah sebahagian daripada 5s iaitu untuk memperindahkan lagi jabatan ini.

    ReplyDelete
  53. 18/08/2010

    aktiviti yang saya lakukan pada hari ini ialah menampal cover sebutharga lagi iaitu sebnyak 5 salinan yang satu satunya terdapat lebih kurang 30 helai muka surat. untuk memudahkan pelanggan memasukkan borang tender, mana penampalan iklan perlu dibuat di kotak yang disediakan di pintu masuk pejabat.

    ReplyDelete
  54. 19/08/2010

    melawat tapak berkaitan dengan projek pembinaan unit rumah kediaman satu tingkat di atas Lot PT232, mukim Teliar Bunut Susu Pasir Mas Kelantan. apabila melibatkan sistem pengairan/taliair maka JPS memainkan peranan penting dalam projek tersebut walaupun ia hanyalah pembinaan lot rumah sahaja.

    ReplyDelete
  55. 22/08/2010

    dibawa melawat projek diraja kelapa wangi mukim Apam, Gual Periok Pasir Mas Kelantan. projek diraja tersebut antara alternatif daripada kerajaan dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan disamping mengkomersialkan tanaman tersebut.

    ReplyDelete
  56. 23/08/2010

    pada hari ini saya dibawa melawat tapak kolam ternakan ikan (sediada) di kg. Kiat Bunut Susu Pasir Mas Kelantan. lawatan ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat lokasi ternakan kerana ia dilaksanakan di dalam parit yang merupakan dibawah kawalan JPS. memandangkan lokasi ternakan dilakukan di dalam parit, maka JPS perlu memantau segala aktiviti ternakan tersebut.

    ReplyDelete
  57. 24/08/2010

    antara aktiviti saya pada hari ini melawat rumah pam Senor JPS Pasir Mas Kelantan. lawatan kerumah pam perlu dilakukan untuk meninjau, memeriksa serta mengemaskini rumah pam agar sentiasa berkeadaan baik.

    ReplyDelete
  58. 25/08/2010

    melawat ibu pejabat AZZ Marketing kg. Kiat Bunut Susu Pasir Mas Kelantan. lawatan ini diadakan bertujuan untuk meninjau ibu pejabat dimana penternakan ikan keli menjadi keluaran syarikat ini. di ibu pejabat syarikat itu, kelihatan banyak kolam yang menempatkan ikan keli untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

    ReplyDelete
  59. 26/08/2010

    saya telah mengemaskini laporan praktikum saya. hal ini kerana tidak banyak masa lagi dan memandangkan staf disini sedang bercuti. oleh kerana tidak banyak kerja yang hendak dilakukan, saya telah mengambil kesempatan untuk menyiapkan laporan.

    ReplyDelete
  60. 29/08/2010

    hari ini pihak JPS telah menjemput seorang penceramah sempena lailatul qadar. sempena ramadhan ini tazkirah yang disampaikan secara tidak langsung dapat menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  61. 30/08/2010

    saya telah disuruh untuk membiding sebutharga untuk dibawa oleh Jurutera Jajahan masuk bermesyuarat di wisma Kota Bharu. projek itu ialah mencuci dan menggali Sungai Lemal Mati di kg. Padang Chat serta lain-lain kerja yang berkaitan di Pasir Mas Kelantan.

    ReplyDelete
  62. 01/09/2010

    antara aktiviti yang saya lakukan ialah potostat dan binding bagi laporan penilaian sebuah projek. selepas itu saya diberi tugas untuk menulis indent.

    ReplyDelete
  63. 02/09/2010

    saya diberi tugas sekali lagi intuk membiding sebutharga projek dan juga menulis penilaian projek.

    ReplyDelete
  64. 05/09/2010

    antara aktiviti yang saya lakukan pada hari ini ialah seperti biasa iaitu potostat dan binding laporan penilaian sebutharga.

    ReplyDelete
  65. 06/09/2010

    pada hari ini saya telah dibawa melawat tapak projek di kg. Lemal. lawatn ini dilakukan untuk melihat sungai Lemal dan meninjau sungai tersebut samada dalam keadaan bersih atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  66. 07/09/2010

    hari ini saya diberikan dua tugas serentak iaitu menaip surat tawaran tender, dan juga pemberitahuan penerimaan sebutharga. salah seorang staf disini telah mengajak saya untuk keluar melawat tapak dan saya menolaknya kerana tugas yang diberikan tadi perlu disiapkan sebelum pukul 12. sepanjang sebelum pukul 12 itu saya berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut.

    ReplyDelete
  67. 08/09/2010

    melawat kg. repek Pasir Mas kelantan untuk meninjau dan memeriksa sistem saliran di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  68. 09/09/2010

    tidak banyak aktiviti yang saya dapat lakukan . hal ini adalah kerana esok iaitu 10 haribulan adalah hari raya aidilfitri. maka suasana di pejabat lengang kerana ramai yang mengambil peluang bercuti untuk persiapan raya mahupun yang balik kampung. secara tidak langsung tiada sangat aktiviti yang dijalankan.

    ReplyDelete
  69. 19/09/2010

    antara aktiviti yang saya lakukan pada hari ini ialah melawat tapak projek di kubang kual II B, pasir mas kelantan. lawatan ini diadakan untuk melihat proses kerja memulih aliran serta penyelenggaraan struktur saliran pertanian di sini.

    ReplyDelete
  70. 20/09/2010

    pada hari ini antara aktiviti yang dijalankan ialah lawtan ke tapak projek di kg. serongga pasir mas kelantan.

    ReplyDelete
  71. 21/09/2010

    sekali lagi membuat lawatan ke kg. tok derpah. lawatan ini diadakan untuk melihat sistem pengairan dan saliran disini yang menjejaskan aktiviti penduduk iaitu saliran yang sangat sempit yang mendatangkan masalah kepada penduduk mahupun petani dalam menjalankan aktiviti harian.

    ReplyDelete
  72. 22/09/2010

    kerja pada hari ini ialah potostat dan binding bagi sebutharga projek kerja-kerja penyelenggaraan struktur pengairan dan saliran skim pengairan Bakat 2A dan Bakat 2K Jajahan pasir mas kelantan. dokumen ini merupakan penilaian bagi sebutharga projek tersebut.

    ReplyDelete
  73. 23/09/2010

    melawat lokasi untuk pesta pertanian di mini stadium pasir mas kelantan kerana pada keesokan harinya, akan diadakan satu pesta yang bertajuk 'bertani suatu ibadah' yang juga disertai oleh pihak JPS sendiri.

    ReplyDelete
  74. 26/09/2010

    membuat senarai indent atau sebutharga bagi projek yang bertajuk kerja membaikpulih sistem pengairan serta lain-lain kerja berkaitan di skim pengairan banggol che wan meranti, pasir mas kelantan

    ReplyDelete
  75. 27/09/2010

    mengedit serta mengemaskini data bagi projek yang bertajuk penyelenggaraan struktur pengairan dan saliran serta lain-lain kerja berkaitan dalam skim pengairan senor, pasir mas

    ReplyDelete
  76. 28/09/2010

    membuat data jumlah mangsa banjir bagi negeri kelantan diantara tahun 2003, 2004 dan 2005.

    ReplyDelete
  77. 29/09/2010

    menghadiri majlis sambutan hari raya serta majlis persaraan kakitangan jps yang dianjurkan jps sendiri. saya sendiri telah mendapat sumbangan dari jps sempena hari akhir saya disini pada keesokan harinya.

    ReplyDelete
  78. 30/10/2010

    hari ini merupakan hari terakhir saya disini setelah 4 bulan membuat praktikum disini. penyelia saya menyuruh saya untuk tidak berbuat apa-apa memandangkan hari ini hari yang terakhir saya disini. saya bersalaman dengan semua kakitangan disini sebelum saya meninggalkan pejabat jps. segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh penyelia saya, akan saya praktikkan dari masa ke semasa.

    ReplyDelete