Thursday, May 27, 2010

Hafizah Binti Fauzi

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

39 comments:

  1. assalamualaikum prof...alhamdulillah sy telah melaporkan diri di bahagian pembangunan di kementerian dalam negeri 1jun semalam
    pada hari pertama sy tidak diberi sebarang tugasan lagi..saya hanya diperkenalkan kepada pegawai dan kakitangan di bahagian ini sahaja...
    hari ni sy telah diberi tugasan y tidak berkaitan dengan apa yang pernah sy belajar..tapi saya cuba memahaminya dengan sebaik mungkin...

    ReplyDelete
  2. Jangan harap apa yang dipelajari semasa praktikum SAMA seperti di ajar dalam kuliah. Kalau begitu apa guna pelajar pergi buat praktikum ? Tentulah untuk belajar PERKARA BARU.

    ReplyDelete
  3. baiklah prof..alhamdulillah di sini sy banyak belajar perkara baru supaya saya bersedia menghadapi 'dunia baru' selepas ini..Prof sy dimaklumkan bahawa ada kemungkinan sy akan ditukarkan di bawah unii lain dr masa ke semasa tetapi masih di bawah Bahagian Pembangunan..boleh ke Prof??

    ReplyDelete
  4. Kalau ditukar 10 kali pun tak ada masalah sebab tujuan praktikum untuk mendapat pelbagai pendedahan.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum prof...
    sepanjang minggu ni sy cuma melaksanakan program 5s bagi mendapat pengiktirafan ISO bagi Kementerian Dalam Negeri..sy ditugaskan untuk membuat kemaskini fail, crta organisasi dan lain-lain..
    mulai minggu hadapan sy akan ditukarkan ke bahagian sumber manusia kementerian dalam negeri...

    ReplyDelete
  6. assalamualikum prof...hari ni hari ke2 sy ditukarkan ke Bahagian Sumber Manusia Kementerian Dalam Negeri.di bahgaian ini sy ditempatkan di bawah unit perkhidmatan di bawah seliaan Cik Noor Azatol Azwa binti Hamidi iaitu PSU (SM).
    pada hr ke2 ini sy hanya diberi tugasan untuk mengisi buku perkhidmatan bagi kakitangan di bahagian ini.Dibahagian ini tidak banyak kerja yang perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum prof...hari sy ditugaskan untuk mngemaskini file2 lama dan tanda kotak2 fail di bahagian pentadbiran dan di bilik fail...
    selain itu, sy juga di ajar bagaimana untuk membuat minit mesyuarat dan ditugaskan untuk membuat minit mesyuarat bagi mesyuarat pengurusan pentadbiran pada 16 mei lepas..tugasan ini amat bermakna bagi sy bagi menghadapi alam pekerjaan kelak

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum prof...
    maaf sebab lama xupdate blog ini...sepanjang mnu lepas saya ditugaska untuk membuat opsyen bagi pertukaran pembantu tadbir di pejabat2 polis diraja malaysia bagi seluruh negara..seramai 15 orang ditugaskan untuk membuat salinan dan mengepilkan salinan tandatangan ksu kdn di setiap helaian opsyen. sy dikehendaki untuk membuat salinan dan mengepilkan salinan bagi opsyen negeri johor dan melaka..
    bermula julai ini, pihak kdn akan membuat roadshow ke seluruh negara bagi opsyen pertukaran ini..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum prof...saya nak tanya mengenai laporan praktikum..sy sudah menyiapkan bagi latar belakang syarikat dan bahagian tempat sy menjalani praktikum..dalam laporan tersebut sy memasukkan mengenai sejarah kementerian, objektif, misi, visi motto dan fungsi bagi setiap bahagian dan unit bagi bahagian sy ditempatkan..betul ke prof?

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum prof..
    sy dah send laporan pertama ke emel prof...kalau ada sebaang kesalahan mohon prof tegur..terima kasih

    ReplyDelete
  11. 29 jun 2010

    hari ini sy hanya menyiapkan opsyen pertukaran bagi pembantu tadbir pengkeranian dan operasi bagi PDRM. sy membuat salinan untuk dimasukkan ke dalam fail..selepas itu, sy menyiapkan laporan praktikum. sy juga membantu e.zulkarnain iaitu pembantu tadbir bagi menyiapkan buku rekod kualiti bagi bahagian smuber manusia kementerian dalam negeri.

    ReplyDelete
  12. 30 jun 2010

    assalamualaikum prof..
    hari ni sy hanya menyambung kembali tugas sy mengisi buku perkhidmatan awam bagi kakitangan bahagian sumber manusia KDN. sy mengemaskini sijil2, kursus atau pun bengkel yang disertai oleh kakitangan bahagian sumber manusia KDN ke dalam buku perkhidmatan awam. setelah itu, sy dikehendaki membantu pembantu tadbir disini untuk memasukkan surat pertukaran opsyen untuk dihantar ke pihak jabatan perkhidmatan awam..

    ReplyDelete
  13. 1 julai 2010
    assalamualaikum prof...
    hari ini sy hanya menyambung tugasan lepas yang iaitu mengemaskini buku rekod perkhidmatan. sy dikehendaki mencari buku rekod perkhidmatan bagi setiap kakitangan bahagian sumber manusia dan merekod segala kuruss, bengkel, sijil dan perakuan akta bagi setiap pegawai dan kakitangan.
    sementara itu, pada sebelah petang pula, sy diminta untuk pembantu cik norazila iaitu pembantu tadbir bagi menguruskan kemasukan pekerja baru bagi gred N17 (kewangan). sy berpeluang mendapat pengalaman mengenai prosedur pendaftaran kemasukan pekerja baru.

    ReplyDelete
  14. 2 julai 2010
    assalamualaikum prof...
    hari ini sy masih meneruskan tugas sy merekod buku perkhidmatan awam bagi kakitangan bahagian sumber manusia...selain itu, sy trut membantu cik norazila bg lapor diri kakitangan baru di KDN. ..sy dikehendaki membuat salinan untuk dihantar kepada pihak JPA dan salinan diberi kepada kakitangan baru tersebut...hari ini br sy tau mengenai proses lapor diri di sesebuah jabatan..pertama sekali, selepas lapor diri di bahagian sumber manusia, mereka perlu menjalani ujian darah. setelah diberi atklimat, barulah mereka diberi surat petempatan dan dikehendaki melapor diri di bahagian yang telah ditetapkan.
    masih banyak yang perlu dipelajari dalam tempoh 3 bulan lagi sebelum sy tamat menjalani latihan praktikum ini..

    ReplyDelete
  15. 3 Julai 2010

    assalamualaikum prof...
    hari ini sy menyiapkan memasukkan perakuan untuk ditanda tangani bagi akta rahsia rasmi 1972 ke dalam buku rekod perkhidmatan awam bagi pembantu tadbir pengkeranian dan operasi, kebanyakkan surat akuan tersebut tidak perlu dimasukkan kerana kakitangan tersebut telah bertukar, manakala bagi pekerja khidmat ingkat (PKS) dan pekerja kontrak pula, data2 tersebut perlu dimasukkan ke dalam fail peribadi masing-masing. walaubagaimana pun surat akuan ini masih tidak dimasukkan sepenuhnya kerana buku perkhidmatan awam tersebut sedang digunakan oleh kakitangan yang lain. oleh itu, sy terpaksa mengemaskininya pada lain masa.
    sementara itu, sy juga menyiapkan maklumat surat akuan akta rahsia rasmi 1972 ini ke dalam buku rekod perkhimatan awam bagi kakitangan dan penolong pegawai teknologi maklumat. alhamdulillah sy dapat menyiapkannya hari ini dan menghantar kepada ketua pembantu tadbir.

    ReplyDelete
  16. maaf prof..tarikh laporan di atas 5 julai 2010...maaf tak sengaja :)

    ReplyDelete
  17. 6 julai 2010
    assalamualaikum prof....
    hari ini tidak banyak tugas yang perlu saya selesaikan, sy hanya menyambung tugasan saya untuk memasukkan rekod kakitangan bagi bahagian penguatkuasaan dan pembantu tadbir bagi kakitangan kementerian dalam negeri. tidak banyak rekod yang saya kemaskini kerana banyak buku rekod perkhidmatan awam sedang digunakan oleh kakitangan yang lain, oleh itu, untuk mengisi masa yang terluang, saya mencari bahan-bahan bagi memasukkan ke dalam laporan kedua nanti.

    ReplyDelete
  18. 7 julai 2010
    assalamualaikum prof...
    hari ini sy menyiapkan memasukkan sijil2 ke dalam buku rekod perkhidmatan awam. selepas itu, sy membantu pembantu tadbir disini mengemaskini fail2 bagu unit perkhidmatan. sepanjang hari ini, sy hanya menyiapkan fail yang diberikan sahaja.

    ReplyDelete
  19. 8 Julai 2010
    assalamualaikum prof....
    hari ini sy menjalankan tugas seperti biasa memasukkan rekod perkhidmatan kakitangan ke dalam buku rekod berkhidmatan..
    pada sebelah petang pula sy dikehendaki menjalani latihan untuk hari wanita anjuran PUSPANITA KDN..sy dikehendaki memperagakan pakaian muslimah anjuran PUSPANITA

    9 julai 2010..
    hr ni merupakan hari gotong royong 5S bagi bahagian sumber manusia KDN...pada sebelah bagi, sy terlibat secara langsung sempena sambutan hari wanita yang dianjurkan oleh PUSPANITA KDN...sy bersama kira-kira 30 kakitangan KDN memperagakan pakaian Muslimah pada majlis tersebut..manakala selepas rehat, sy membantu Puan Nurul Huda merekodkan fail berdasarkan format yang ditetapkan oleh pihak arkib..fail-fail tersebut adalah untuk dilupuskan dan ianya perlu direkod dan akan diaudit sebelum dilupuskan

    ReplyDelete
  20. 12 julai 2010
    assalamualaikum prof...hrni sy hanya melaksanakan 5s bagi unit pentadbiran bahagian sumber manusia KDN.sy menyiapkan taging fail2..sy dikehendaki menyiapkan taging fail2, taging kotak2 fail..sy tidak dapat menyiapkannya hari ini dan terpaksa menyabungnya esok..

    ReplyDelete
  21. 13 julai 2010
    hari ini sy menyiapkan taging bagi fail unit pentadbiran dan kewangan bahagian sumber manusia. sehingga waktu rehat, barula tugasan tersebut selesaikan. selepas rehat, sy menyambung tugasa sy dengan memasukkan rekod kakitangan ke dalam buku rekod perkhidmatan awam. hari ini sy menyiapkan kemaskini perakuan telah memmbaca akta rahsia rasmi 1972 bagi pembantu tadbir perkeranian dan operasi. sy dapat menyiapkan kemaskini rekod untuk hari ini.

    ReplyDelete
  22. 14 julai 2010
    assalamualaikum Prof..hr ini sy meneruskan tugasan dengan mengemaskini rekod perkhidmatan kakitangan kementerian dalam negeri ke dalam buku rekod perkhidmatan awam. hari ini saya menyiapkan buku rekod bagi pembantu tadbir kewangan (w17), pemandu (R3) dan penolong akautan serta pembantu akauntan. sepanjang hari sy mencari buku dan memasukkan surat akuan untuk ditandatangani oleh penjawat awam. selain itu, sy juga mengemaskini sijil2 bagi pemandu R3. namun begitu, sy masih tidak dapat menyiapkan kemasukan rekod bagi pemandu kerana bilangannya terlalu banyak.

    ReplyDelete
  23. 15 julai 2010
    assalamualaikum prof...hrni sy menyambung kemabli tugasan dengan memasukkan rekod ke dalam buku perkhidmatana awam. sebelu memasukkan rekod, sy dikehendaki menyemak terlebih dahulu rekod2 yang ada supaya tidak ada rekod yang dimasukkan dua kali.

    ReplyDelete
  24. 16 julai 2010

    hari ini, bahagian sumber manusia menganjurkan lawatan ke karangkraf di seksyen 15 Shah Alam. pada jam 8.30 pagi, kami bertolak dari putrajaya menaiki bas ke shah alam. kira-kira jam 9.15 pagi kami tiba di karangkraf. kami disambut oleh pegawai karangkraf iaitu en. afendi. setelah itu, kami diberi penerangan mengenai majalah-majalah yang diterbitkan oleh karangkraf. kami juga dibawa melawat setiap bahagian seperti, bahagian editor, grafik, photoshoot dan printing. saya mendapat banyak informasi mengenai penerbitan sesebuah buku. selain itu, sy juga berkesempatan berkenalan dengan editor-editor majalah dan kartunis karangkraf. selain itu juga, diakhir lawatan kami berkesempatan beramah mesra dengan CEO karangkraf iaitu Datuk Hussamuddin bin Hj. Yaacub. Datuk memang seorang yang baik dan melayan kami dengan mesra. setelah itu, kami dibawa ke kedai buku karangkraf dan diberi diskaun sebayak 15% bagi setiap pembelian buku terbitan karangkraf. lawatan ini amat bermakna bagi saya kerana sy memang meminati buku-buku terbitan karangkraf. tepat jam 12.30 kami bertolak balik ke putrajaya dan tiba di pejabat kira-kira jam 1.30 petang.

    selepas rehat pula, sy menghantar laporan kepada cik Azwa untuk diperiksa. selepas itu, sy hanya mencari bahan untuk dimasukkan ke dalam laporan kedua nanti.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum prof..
    sepanjang mgu lepas sy mengambil cuti selama 5 hari bermula 19-23 julai atas sebab2 tertentu..sy telah memohon daripada penyelia sy iaitu cik azwa dan telah meluluskan cuti sy..sy mnta maaf prof kerana terlewat memaklumkan kepada prof.

    ReplyDelete
  26. 26 julai 2010
    hari ini sy kembali bertugas seperti biasa. sy menyiapkan tugasan sy iaitu mesukkan rekod perkhidmatan awam ke dalam buku rekod perkhidmatan kerajaan bagi kakitangan pemandu (R3) dan pembantu Am pejabat (N1).
    selepas itu, sy diminta untuk membantu PT bagi menyiapkan star RAting.. sy dikehendaki menyemak, merekod minit dan memastikan setiap rekod dalam buku perkhidmatan kerajaan adalah selari dengan kandungan fail peribadi bagi penolong pegawai teknologi maklumat bagi gred F29 dan pembantu tadbir kewangan PT KEW (W17).

    ReplyDelete
  27. 27 julai 2010
    hari ni sy menyambung tugasan sy mengemaskini fail-fail bagi star rating yang akan dijalankan 3ogos ini. sy dikehendaki menyambung menyemak kembali buku rekod perkhidmatan, fail periadi dan nenasukkan rekod perkhidmatan bagi tahun 2010 yang belum dikemeskinikan. tujuan fail ini dikemaskini supaya rekod yang terdapat di dalam buku rekod perkhidmatan kerajaan adalah selari dengan rekod yang terdapat dalam fail peribadi kakitangan awam.

    ReplyDelete
  28. 28 Julai 2010
    sepanjang hari ini, sy menyambung menyiapkan memasukkan rekod perkhidmatan bagi kakitangan bagi gred N17, W17 dan W44.
    selepas itu, sy menerima tugasan baru iaitu bagi menyiapkan taging biik fail. sehingga pukul 5 sy menyiapkan tugasan tersebut dan akan bersambung pada esok hari.

    ReplyDelete
  29. 29 julai 2010
    -menyiapkan taging fai bagi bilik fail bhg Sumber manusi dan taging fail dalam bilik pegawai iaitu Puan Nurul Huda.

    30 Julai 2010
    -membantu Puan NUrul Huda menyiapkan maklumat bagi star ratting.
    -menyiapkan mengemaskini fail2 supaya selari dengan buku rekod perkhdmatan

    ReplyDelete
  30. 2 ogos 2010

    -Memasukkan rekod bagi perakuan akta rahsia rasmi 1972 bagi kakitangan pemandu (R3) dan Pembantu Am Pejabat (N1).

    ReplyDelete
  31. 3 ogos 2010
    memasukkan rekod perkhidmatan dalam buku rekod perkhidmatan bagi kakitangan penguatkuasaan dan pemandu gred R3..hrni sy memasukkan rekod sijil2

    ReplyDelete
  32. 4,5,6 Ogos 2010
    menyiapkan tugasan dengan memasukkan rekod perkhidmatan bagi pemandu, penguatkuasa, pembantu tadbir pengkeranian dan operasi dan pembantu tadbit kewangan.

    ReplyDelete
  33. 9,10 Ogos 2010

    menyambung tugasan dengan memasukkan rekod perkhidmatan ke dalam buku rekod perkhidmatan kerajaan. sy memasukkan rekod bg sijil-sijil bagi jawatan pembantu tadbir pengkeranian dan operasi bg gred N17 dan N22.

    11&12 Ogos 2010

    menyiapkan memasukka reod rekod bagi pembantu penerbitan dan penolong pembantu penerbitan gred N17 dan N27.
    menerima tugasan baru bagi menyemak opsyen pertukaran bagi pembantu tadbir seluruh negara. kira-kira 1000 lebih opsyen harus disemak. opsyen ini merangkumi kakitangan pembantu tadbir polis diraja malaysia di seluruh negara. seramai 6orang ditugaskan menyemak semula opsyen tersebut. saya harus meneliti master list yang diberi dan perlu memastikan bahawa ianya sama dengan senarai opsyen yang disertakan.

    ReplyDelete
  34. 13 ogos 2010
    hari ini saya melaksanakan tugasan seperti biasa dengan memasukkan rekod bagi jawatan pembantu penerbitan, penolong pembantu penerbitan. setelah itu, sy dikehendaki membuat salinan borang-borang yang akan digunakan bagi program hari buku perkhidmatan yang akan diadakan pada minggu hadapan. selepas itu, sy membantu kakitangan unit perkhidmatan menyiapkan senarai kehadiran bagi pegawai2 yang akan menghadiri program tersebut.

    ReplyDelete
  35. Prof...di bahagian tidak mempunyai sebarang pembaharuan yang terbaru...sy telah memilih tajuk "keberkesanan rekod perkhidmatan mempengaruhi pembangunan sumber manusia bagi kakitangan kementerian dalam negeri" boleh ke prof???dibahagian ini tugas sy lebih tertumpu kepada menguruskan perkhidmatan sumber manusia...sy haraf prof dapat memberi tunjuk ajar..terima kasih

    ReplyDelete
  36. 16-27 ogos 2010
    sepanjang 2 minggu ini sy dikehendaki menjaga pendaftaran bagi hari semakan buku perkhidmatan yang diadakan selama 2mgu bermula 16-27 ogos 2010.

    ReplyDelete
  37. 30 ogos 2010

    sy dikehendaki menggantikan cik mardiana bt baharom (penolong setiusaha pejabat )SUB SM yang bercuti pada hari ini. sy melaksanakan tugas-tugas PA seperti menjawab panggilan dan menerima surat.

    1 september 2010

    mengemaskini buku rekod perkhidmatan bagi jawatan pembantu tadbir gred N17 dan N22. selain itu, sy turut merekod sijil-sijil dan keptutusan PTK bagi jawatan pemandu dan pembantu Am Pejabat R3 & N1.

    2 September 2010

    merekod sijil-sijil bagi jawatan pembantu tadbir N17 & N22, pembantu penerbitan N17& N22, pembantu tadbir Kewangan W17.
    setelah itu, sy dikehendaki membungkus kuih hari raya sumbangan bahagian sumber manusia KDN untuk diedarkan kepada kakitangan pada esok hari

    ReplyDelete
  38. 3 september 2010

    hari ini saya melaksanakan tugasan seperti biasa dengan memasukkan rekod bagi jawatan pembantu penerbitan, penolong pembantu penerbitan.

    pada sebelah petang pula, bahagian sumber manusia menjalankan program pembahagian kuih raya. seluruh kakitangan dikehendaki memasuki bilik mesyuarat jati bagi menerima sumbangan hari raya yang disampaikan oleh SUM bahagian SM iaitu e. Razak b. Drahman

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum prof...sy mnta maaf sbb tak dapat menghantar sendiri laporan praktikum saya disebabkan oleh kekangan waktu. saya dh mnta rakan saya menghantar kepada prof..sy betul-betul mnta maaf prof

    ReplyDelete