Thursday, May 27, 2010

Tan Sze Ming


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

7 comments:

  1. Anda lebih awal memulakan praktikum. Sila buat catatan di sini.

    ReplyDelete
  2. Laporan Mingguan Praktikum (minggu pertama)

    Tarikh: 10 Mei-14 Mei 2010

    Tempat: Pejabat Exco YB Elizabeth Wong, Tingkat 2, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor.

    Perkara/tugas yang dijalankan:

    Seperti yang dimaklumkan, saya telah memulakan sesi praktikum sebanyak 3 minggu sebelum tarikh praktikum yang ditetapkan.

    Tugas-tugas tanggungjawap saya pada minggu pertama adalah mengenalkan profil-profil di Pejabat Exco YB Elizabeth Wong. YB Elizabeth Wong mempunyai 3 portfolio, iaitu Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam sekitar.

    Selain daripada membaca dan memahami tentang portfolio pejabat, saya juga telah mengikuti program Alam Sekitar yang dibawah portfolio YB, iaitu kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” di Selangor pada setiap hari Sabtu. Dengan diselaraskan dengan Hari Alam Sekitar Sedunia (5hb Jun 2010), portfolio ini telah diarah untuk menganjurkan Eco Green Week (3hb hingga 7 hb Jun 2010) dan saya juga perlu mengikuti serta turut terlibat dalam perancangan program tersebut.

    Aktiviti Tambahan:

    Tarikh: 15 Mei 2010

    Tempat: Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)

    Program: Training on CEDAW, Women’s Rights and Human Rights

    ReplyDelete
  3. Laporan Mingguan Praktikum (minggu kedua)

    Tarikh: 17 Mei-21 Mei 2010

    Tempat: Pejabat Exco YB Elizabeth Wong, Tingkat 2, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor.

    Perkara/tugas yang dijalankan:

    Tugas-tugas yang dijalankan pada minggu kedua adalah melanjuti program Eco Green Week serta Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada Hari Sabtu dan Ahad di Negeri Selangor. Selain daripada itu, bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia ini, kami telah diarahkan untuk menganjurkan "Greener Governance Talk" pada 7hb Jun ini. Saya juga merupakan coordinator bagi program tersebut.

    Aktiviti Tambahan:

    Tarikh: 22 Mei 2010

    Tempat: The Store, Sungai Buloh

    Program: Turun padang YB Elizabeth Wong untuk melancarkan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di The Store.

    Aktiviti: Majlis perlancaran, pemberian "Eco Friedly bag" kepada pengguna-pengguna setempat.

    ReplyDelete
  4. Laporan Mingguan Praktikum (minggu ketiga)

    Tarikh: 24 Mei-28 Mei 2010

    Tempat: Pejabat Exco YB Elizabeth Wong, Tingkat 2, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor.

    Perkara/tugas yang dijalankan:

    Seperti dengan minggu yang lepas,tugas saya adalah melanjuti kerja-kerja program Eco Green Week dan Greener Governance Talk. Selain daripada itu, saya juga diberi tugas untuk menjemahkan surat-surat dan artikel-artikel bahasa Cina serta membalas surat-surat daripada pihak agensi atau pertubuhan Cina.

    ReplyDelete
  5. Laporan Mingguan Praktikum (minggu keempat)

    Tarikh: 31 Mei-4 Jun 2010

    Tempat: Pejabat Exco YB Elizabeth Wong, Tingkat 2, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor.

    Perkara/tugas yang dijalankan:

    Pada 31 Mei, surat-surat jemputan untuk menghadiri majlis Pelancaran Eco Green Week dan Greener Governance Talk telah dihantarkan. Tugas saya pada minggu ini adalah mengeluarkan dan memastikan maklum balas daripada pihak yang kami menjemput.

    3 Jun, hari pertama kepada Eco Green Week. Saya dan penyelia saya telah pergi ke tempat pameran iaitu One Utama di Petaling Jaya untuk memantaukan kerja-kerja "set up" daripada pihak penyenggara utama, agensi-agensi kerajaan serta NGO-NGO yang berkenaan.

    4 Jun, berada di pejabat untuk melanjuti program-program tersebut dan membuat persiapan untuk majlis perasmian.

    5 jun, hari ini merupakan Hari Alam Sekitar Sedunia dan Yb Elizabeth Wong dibawah portfolio pngguna dan alam sekitar telah melancaran majlis pelancaran terhadap Eco Green week. Sepanjang hari ini, saya berada di One Utama untuk menjalankan tugas saya dan juga mengedarkan 1 kotak besar bag mesra alam kepada pengguna yang berada dalam pasar raya tersebut. Tujuan kami mengedarkan bag mesra alam adalah untuk menggalakan pengguna kurang menggunakan beg-beg plastik dan membawa beg mesra alam atau "shopping bag" sendiri semasa membeli-belah.

    ReplyDelete
  6. Laporan Mingguan Praktikum (minggu kelima)
    7 Jun-11 Jun 2010

    7 Jun, Hilton Hotel, Petaling Jaya
    Pada hari ini, saya telah diberi arahan untuk menghadiri dan menyelaraskan "Greener Governance Talk". Tugas saya adalah untuk menguruskan majlis tersebut serta membantu untuk menyediakan sidang media.

    8 Jun, pada 9.30 pagi, saya telah menghadiri satu mesyuarat yang berkenaan dengan Hari Ilmu yang dianjurkan oleh EXCO Pendidikan.

    9-11 Jun, kebanyakan program telah siap dianjurkan dan pada beberapa hari ini saya diperlukan untuk menyediakan laporan ringkas serta mengemaskinikan dokumen-dokumen di pejabat EXCO.


    Laporan Mingguan Praktikum (minggu keenam)
    14 Jun - 18 Jun 2010

    14 Jun, mengemaskinikan dokumen-dokumen di pejabat EXCO serta membaca surat akhbar untuk membuat keratan akhbar.

    15 Jun, menghadiri mesyuarat kecil di UPEN Sektorial untuk membincangkan bajet tentang STANCO.

    16 Jun, perbincangan risalah Penjimatan Air dengan penyelia saya, dan saya bertanggungjawab untuk merekakan risalah tersebut.

    17 Jun, perbincangan tentang aktviti yang selanjutnya pada bulan-bulan yang akan datang bersama dengan penyelia pejabat saya dan pegawai daripada UPEN Sektorial.

    18 Jun, membincangkan program yang hendak dijalankan pada Hari Ilmu dengan rakan sekerja di pejabat.

    Laporan Mingguan Praktikum (minggu ketujuh)
    21 Jun - 25 Jun 2010

    21 Jun - 23 Jun, Carlton Hotel.
    Saya telah diarahkan oleh YB EXCO untuk menghadiri satu Workshop yang bertajuk Anti-Pemerdagangan Manusia.
    Pekara-pekara yang dibincangkan:
    -pengenalan kepada isu-isu pemerdagangan manusia.
    - memahami Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIP)
    - mengenal pasti dan memahami situasi tentang isu dan kes pemerdagangan manusia di Malaysia dan Selangor.
    - mengenalpasti dan membincangkan skop dan peluang bagi kerajaan Negeri Selangor.
    - Situasi dan keadaan pemerdagangan manusia di luar Negara.
    - Kajian kes-kes yang berlaku di Malaysia dan luar negara.
    - membincangkan dan menetapkan "Action Plan" bagi membanteras isu-isu pemerdagangan manusia di Selangor.
    - perbincangan tentang pelan tindakan dan menetapkan struktur organisasi bagi pihak berkuasa atas pertubuhan Anti Pemerdagangan Manisia.
    - membincangkan tugas-tugas bagi setiap jawatan dan keadaan.

    24 Jun, mengemaskinikan dokumen-dokumen di pejabat EXCO serta menyediakan keratan akhbar bahasa Cina.

    25 Jun, menyediakan laporan ringkas tentang WOrkshop Anti Pemerdagangan Manusia yang telah saya hadiri 3 hari yang lepas.

    ReplyDelete
  7. Laporan Mingguan Praktikum (minggu kelapan)
    28 Jun - 2 Julai 2010

    28 Jun, cuti sakit.

    29 Jun, membincangkan kempen kitar semula beg plastik 2010-MAYALOVESNATURE. Saya telah memahami dan mengenalpastikan tugas yang hendak saya jalankan diatas program tersebut. Dengan itu, saya telah menyediakan surat dan mengemaskinikan kertas kerja program tersebut bagi pihak pejabat EXCO.

    30 Jun, mengemaskini surat kempen kitar semula beg plastik tersebut. Pada sebelah petang, satu mesyuarat staf-staf bagi pejabat EXCO dan pejabat DUN telah dijalankan untuk membincang aktiviti-aktiviti serta program-program YB, Pejabat EXCO, Pejabat DUN pada bulan 7 dan 8.

    1 Julai, saya telah menghadiri satu mesyuarat "FELDA TASKFORCE" dengan setiausaha kerja YB EXCO pada pukul 9 pagi. Seterusnya, saya telah melanjutkan kerja-kerja tentang Kempen Kitar Semula Beg Plastik-MAYALLOVESNATURE.

    2 Julai, mengemaskinikan dokumen-dokumen di pejabat EXCO serta menyediakan keratan akhbar.

    Laporan Mingguan Praktikum (minggu kesembilan)
    5 Julai - 9 Julai 2010

    5-8 Julai, meneruskan kerja lanjutan saya ke atas Kempen Kitar Semula Beg Plastik serta menyediakan keratan akhbar bahasa Cina.

    9 Julai, menyediakan keratan akhbar dan menterjemahkan serta membalas surat-surat bahasa Cina. Selain daripada itu, satu perbincangan denagn Pegawai UPEN Sektorial tentang KERTAS EXCO yang berkenaan dengan pemberian lesen perniagaan ke atas syarat tidak menggunakan beg plastik pada hari Sabtu dan Ahad telah diadakan.

    ReplyDelete